SOALAN:
Betul ke tali braided tak sesuai untuk mancing kat laut? Ada member yang cakap braided ni tak sesuai kerana ia mengeluarkan bunyi dengung yang akan membuatkan ikan menjadi takut dan tak akan memakan umpan.
JAWAPAN:
Iya ke? Pelik tu. Pada saya, kenyataan tersebut sama sekali tidak benar. Sebaliknya saya rasa penggunaan tali sulam amat sesuai dalam pancingan dasar di laut dan bunyi yang dikeluarkan tidak ada kesan pada ikan.
Jika dikaji balik, sebenarnya pada peringkat awal penggunaan tali sulam adalah untuk pancingan laut dalam.
Sebelum penggunaan tali sulam untuk pancingan laut dalam secara meluas sememangnya pemancing pada waktu itu menggunakan tali tangsi atau nylon.
Namun disebabkan profil tali sulam yang lebih halus diameter dan berkekuatan dua kali ganda berbanding tali tangsi, maka tali sulam lebih relevan untuk dimuatkan dengan kapisiti yang lebih banyak di dalam spool kekili.
Jika dikatakan kurang sesuai untuk digunakan berbanding tali tangsi, mungkin bukan di laut. Sebaliknya di sungai atau kolam pancing air tawar. Namun tidak bermakna tali sulam tidak boleh digunakan, cuma paras keberkesanan saja yang lebih rendah berbanding tali sulam.
Terutamanya jika untuk memancing ikan yang begitu sensitif terhadap bunyi. Tidak dinafikan untuk memancing kelah atau apa-apa spesies ikan sungai pegunungan, penggunaan tali tangsi adalah lebih baik berbanding tali sulam.