SOALAN:

 

Di sini saya ada sedikit persoalan iaitu: betulkah slow pitch jigging / slow jigging hanya boleh menggunakan overhead reel / rod jenis baitcasting sahaja? Adakah spinning reel / rod tidak sesuai digunakan untuk teknik tersebut? Spinning reel / rod memang tidak sesuaikah untuk teknik jigging ini? Harap soalan saya ini mendapat balasan dari pihak Majalah Umpan… terima kasih.

 

JAWAPAN:

Ads

 

Secara asasnya tidak ada sebarang kesalahan menggunakan set spinning untuk teknik slow jigging. Atau dalam kata lain… boleh je guna. Malah bukan sedikit jigger menggunakan set spinning untuk teknik ini.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Masalah Guna Spinning Set Untuk Slow Jigging?

Ads

 

Yang membezakan set spinning dengan overhead adalah faktor keselesaan dan kesesuaian. Jika ingin dibuat perbandingan, set overhead memiliki sedikit kelebihan berbanding set spinning. Paling ketara ialah ketika hendak menaikkan jig yang berat (melebihi 200gm) di lapangan yang dalam sehingga 100 meter.

 

Ads

Di sinilah salah satu kelebihan set overhead kerana ia kuat menarik beban berbanding set spinning. Bayangkan anda perlu melakukan perkara ini seharian sepanjang trip memancing. Ia pasti memenatkan jika anda menggunakan set spinning.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Masalah Guna Spinning Set Untuk Slow Jigging?

 

Sebenarnya banyak lagi kelebihan set overhead berbanding spinning. Namun ia tidaklah menjadi masalah besar jika menggunakan set spinning di lapangan yang cetek dan jig yang lebih ringan. Saya sendiri pernah menggunakan set spinning di lapangan melebihi 100 meter dan berat jig melebihi 200 gm. Penat mendaratkan hasil hanya seberat sekilo pun umpama bertarung dengan ikan monster.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI