Soal Jawab Mancing – Apa Kegunaan Mata Kail Jenis Circle?!

Share

 

Pada asasnya mata lingkar atau circle hook direka cipta bagi kegunaan sukan memancing kerana ikan yang ditangkap akan dilepaskan kembali bersesuai dengan konsep tangkap dan lepas.

 

Mata lingkar ini direka bagi mengelakkan kejadian ikan tertelan mata kail sekaligus boleh menyebabkan kecederaan organ dalaman sekaligus menyumbang kepada kematiannya. Sebaliknya jika tertelan sekali pun mata kail tersebut akan mereput dalam tempoh tertentu kerana ia dihasilkan dari material yang mesra alam.

 

 

Bentuk mata lingkar jelas berbeza dengan mata kail J atau J hook. Ia adalah sejenis mata kail di mana matanya berbentuk bulat ke belakang dan ia digunakan oleh kebanyakan pemancing sekarang untuk menangkap ikan. Oleh sebab bentuk matanya, ia selalu akan tercangkuk pada bibir di kawasan penjuru mulut ikan.

 

Sesuatu yang positif dari aspek keberhasilan mata kail ini, kajian telah mendapati bahawa penggunaan mata kail dari jenis ini telah menangkap lebih banyak ikan dari mata kail J. Terutamanya ikan yang memiliki bibir tebal.

 

 

Mata kail dari jenis ini boleh digunakan untuk semua jenis ikan di laut, lombong atau sungai. Walau bagaimana pun adalah amat penting sekali, pemancing jangan menyentap joran apabila ikan memakan umpan, tetapi cukup dengan hanya mengarau dengan perlahan supaya mata kail ini tidak tercabut atau lucut dari mulut ikan. Untuk pengetahuan, mata kail ini sedikit mahal dari mata kail jenis biasa.

Published by
Amang