Saya ada satu masalah besar min! Kalau kita ganti umpun-umpun dengan cacing biasa nak mancing kat tepi laut boleh ke tak? Masalahnya kat tempat saya nak mancing ni tak jumpa orang jual umpun-umpun. Kalau cacing biasa tu senang la nak korek kat mana-mana.
JAWAPAN:
Memang besar masalah anda ni… hahaha. Terus terang saya katakan bahawa sehingga kini saya belum pernah lagi memancing di muara atau pantai menggunakan cacing tanah. Jadi, untuk memberikan jawapan secara tepat adalah diluar kemampuan saya.
Ads
Secara teori saya berpendapat, cacing tanah kurang sesuai untuk digunakan di perairan air masin. Saya melihat dari aspek cacing tidak mampu bertahan dengan tahap saliniti tinggi. Contoh paling hampir adalah air garam digunakan untuk mengeluarkan cacing dari dalam tanah. Jika cacing tahan terhadap air garam, pasti ia tidak akan keluar dari tanah dan kemudian mati.
Ads
Walau bagaimana pun cacing juga digunakan untuk memancing udang galah di kawasan air payau. Ini menunjukkan pada tahap separuh masin dan separuh tawar sebegini, organ cacing kekal berfungsi sepenuhnya.
Ads
Namun saya tidak pasti bagaimana keadaan organ dan tekstur badan cacing apabila berendam di dalam air masin. Yang pasti tempoh hayat tidak akan kekal lama. Teori ini kekal sebagai teori sekiranya tidak dipraktikkan. Sebagai pemancing, tidak ada salah dan silapnya untuk mencuba.
Saya percaya tiada siapa yang akan tertawakan anda kerana menggunakan umpan cacing untuk memancing di muara atau pantai. Melainkan mereka yang pernah mencuba dan sudah menimba pengalaman untuk tidak menggunakan lagi cacing tanah bagi pancingan air masin.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
SOALAN : Sebagaimana yang diketahui umum, terdapat banyak jenis dan bentuk mata kail. Apa yang ingin saya ketahui ialah bolehkah mata lingkar (circle hook) yang biasa digunakan memancing layaran saya gunakan memancing di kolam, sungai, tasik untuk pancingan dasar. Apakah potensinya berbanding mata kail biasa (J hook) yang sedia ada?
JAWAPAN: Pada asasnya mata lingkar atau circle hook direka cipta bagi kegunaan sukan memancing kerana ikan yang ditangkap akan dilepaskan kembali bersesuai dengan konsep tangkap dan lepas. Mata lingkar ini direka bagi mengelakkan kejadian ikan tertelan mata kail sekaligus boleh menyebabkan kecederaan organ dalaman sekaligus menyumbang kepada kematiannya. Sebaliknya jika tertelan sekali pun mata kail tersebut akan mereput dalam tempoh tertentu kerana ia dihasilkan dari material yang mesra alam.
Bentuk mata lingkar jelas berbeza dengan mata kail J atau J hook . Ia adalah sejenis mata kail di mana matanya berbentuk bulat ke belakang dan ia digunakan oleh kebanyakan pemancing sekarang untuk menangkap ikan. Oleh sebab bentuk matanya, ia selalu akan tercangkuk pada bibir di kawasan penjuru mulut ikan.
Sesuatu yang positif dari aspek keberhasila mata kail ini, kajian telah mendapati bahawa penggunaan mata kail dari jenis ini telah menangkap lebih banyak ikan dari mata kail J. Terutamanya ikan yang memiliki bibir tebal.
Mata kail dari jenis ini boleh digunakan untuk semua jenis ikan di laut, lombong atau sungai. walau bagaimana pun adalah amat penting sekali, pemancing jangan menyentap joran apabila ikan memakan umpan, tetapi cukup dengan hanya mengarau dengan perlahan supaya mata kail ini tidak tercabut atau lucut dari mulut ikan. Untuk pengetahuan, mata kail ini sedikit mahal dari mata kail jenis biasa.
Betul ke time jerebu seperti yang sedang berlaku sekarang ini boleh mempengaruhi hasil tangkapan memancing? Bagaimana jerebu boleh menyebabkan ikan tidak mahu makan umpan?
JAWAPAN:
Saya percaya masalah jerebu yang sedang menimpa kebanyakan negeri sekarang ini sedikit sebanyak mempengaruhi industri memancing.
Ia mungkin tidak mempengaruhi tabiat makan ikan secara menyeluruh, tetapi jika tahap Indek Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi pasti akan menjejaskan aktiviti memancing terutamanya di laut.
IPU tinggi yang menghadkan jarak penglihatan pasti mengundang bahaya jika memancing di perairan yang sibuk dengan laluan kapal.
Atas faktor keselamatan kebanyakan pengusaha bot memancing mengambil keputusan membatalkan trip memancing.
Adakah jerebu menyebabkan ikan tak mahu makan umpan? Mungkin benar mungkin tidak dan bergantung kepada tahap jerebu dan spesies ikan.
Sama ada tahap jerebu tinggi atau rendah, ia tidak memberi kesan secara langsung terhadap ikan demersal atau ikan pemakan dasar terutamanya di perairan yang lebih dalam.
Sebaliknya jerebu tebal memberi kesan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keaktifan ikan pelagik yang memburu dan mencari makan di permukaan dan pra permukaan air. Ia berikutan cahaya matahari tidak dapat memancar secara terus terhadap permukaan laut.
Saya baru sedar beberapa tahun kebelakangan ini ramai pemancing up gambar sebarau ketika hujung tahun pada musim hujan atau tengkujuh. Soalan saya ialah, adakah musim tengkujuh ini ialah musim sebarau?
JAWAPAN:
Bagi beberapa spesies ikan sungai pegunungan seperti sebarau, waktu musim tengkujuh ialah waktu spesies ini mengawan dan akan naik ke kawasan hulu sungai untuk melepaskan telurnya. Apabila selesai fasa ini, ikan ini akan lebih aktif mungkin kerana kelaparan dan perlu mencari makanan bagi menggantikan tenaga yang banyak dihabiskan untuk membawa telurnya.
Sewaktu musim tengkujuh, kebanyakan kawasan rendah akan mulai tenggelam dan serangga yang melata di permukaan tanah, berhabitat di kawasan rumput akan panik dan banyak yang jatuh dan dihanyutkan ke dalam air.
Ketika inilah sebarau akan berpesta makanan. Banyak aktiviti kawanan sebarau meligan mangsa yang dinamakan frenzy atau boiling akan kelihatan. Aktiviti boiling inilah yang dicari oleh para pemancing untuk mengesan sekaligus memancing sebarau.
Ketika boiling inilah apa saja gewang yang jatuh di dalam kawasan boiling akan dibaham oleh sebarau. Sedangkan, pada waktu lain selain tengkujuh, aktiviti ini amat sukar ditemui. Jadi inilah faktor mengapa musim tengkujuh, ramai kaki casting akan berkunjung ke tasik-tasik di negara kita.
Selain dari Tasik Kenyir, Tasik Temenggor turut sama menjadi tumpuan para caster apabila hujan turun dengan amat lebat untuk tempoh beberapa haris sehingga menaikkan para air di tasik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...