SOALAN:
Aku pernah guna katak hidup sebagai umpan untuk mancing haruan. Ada orang kata berdosa guna katak hidup untuk pancing haruan walaupun mancing untuk makan ikan tu, bukan pancing suka-suka. Apa pendapat admin pasal ni?
JAWAPAN:
Dari Abdurrahman bin ‘tsman Al Qurasyi r.a. ia berkata, “Bahawa ada seorang doktor bertanya kepada Nabi Saw tentang katak yang akan dijadikan sebagai ubat. Maka Nabi saw melarang untuk membunuhnya.”
(HR. Nasa’i dan Abu Dawud, Hadis ini disahihkan oleh Imam Al-Hakim, Adz Dzahabiy rahimahumallah, dan Syeikh Albaniy rahimahullah)
Jumhur ulama berpendapat bahwa berdasarkan dalil dan kaidah di atas, membunuh katak hukumnya haram dan memakannya pun hukumnya haram.
Menurut beberapa riwayat, katak dilarang dibunuh karena suara katak merupakan tasbih dan katak berperanan dalam memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar.
Dari Abdurrazaaq dalam kitab Al-Mushannaf, Rasulullah saw bersabda,
“Berilah keamanan bagi katak (jangan dibunuh) karena sesungguhnya suaranya yang kalian dengar adalah tasbih, taqdis, dan takbir.
Sesungguhnya haiwan-haiwan meminta izin kepada Rabbnya untuk memadamkan api dari Nabi Ibrahim, maka diizinkanlah bagi katak. Kemudian api menimpanya maka Allah menggantikan untuknya panas api dengan air.”
(HR. Anas bin Malik, shahih, Abu Sa’id Asy-Syaamiy Ibrahim bin Abi ‘Ablah dan Abaan bin Shaalih, keduanya tsiqah).
Sudah jelas bahawa membunuh katak untuk dijadikan ubat pun satu dosa, apatah lagi jika digunakan untuk memancing.