Pemberat atau batu ladung merupakan peralatan terminal yang amat penting khususnya bagi pancingan dasar. Antara lain fungsinya adalah untuk menghantar umpan ke spot yang dikehendaki. Walau bagaimana pun batu ladung ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Beberapa panduan perlu dititikberatkan sama ada ketika membeli atau menghasilkannya sendiri.
Bucu Tajam
Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam. Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.
Bahaya Toksik
Ads
Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.
Wap Beracun
Ads
Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.
Serpihan Halus
Ads
Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam. Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.
Tip Menggunakan Batu Ladung
Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus. Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak kalau kita gantikan gewang replika ikan dengan gewang soft plastic kalau nak mancing di atas kelong atau rumah rakit? Ada yang cakap tak boleh tapi macam pernah nampak ada orang buat.
JAWAPAN:
Tidak dinafikan kegunaan soft plastic (SP) banyak diaplikasikan dari tebing (landbase) terutamanya di kawasan persisiran pantai bertebing berbatu. Namun ia juga boleh diaplikasikan di kawasan perairan yang lebih dalam sama ada di kelong, rumah rakit atau di tengah laut dengan pendekatan dan teknik berbeza.
Bagi kes pancingan di kawasan unjam berkedalaman 30 hingga 50 kaki, penggunaan pemberat (jighead) adalah perlu untuk memastikan SP dapat jatuh ke dasar dan tidak dihanyutkan jauh oleh arus.
Jatuhan semula jadi tanpa jighead mungkin lebih efektif namun ia terlalu perlahan bagi kawasan berarus dan pegun seperti di kelong.
Manakala pemberat yang keterlaluan akan menyebabkan SP jatuh ke lubuk tanpa aksi yang menarik sekaligus menyebabkan ia tidak menerima perhatian daripada ikan.
Oleh yang demikian pemberat yang bersesuai amat penting untuk mempamerkan persembahan jatuhan yang lebih realistik.
Harus diingat, persembahan jatuhan SP ini amat penting kerana waktu jatuhan SP ke dasar inilah peratusan sambaran lebih tinggi.
Faktor bau dan perisa turut membantu SP menarik perhatian ikan. Jadi, disamping perlu menggayakan persembahan SP secara semulajadi, SP turut perlu disadur dengan bau-bauan yang sewajarnya ketika mengaplikasikan SP di kawasan kelong dan sebagainya. Perisa bauan untuk disapu pada SP kini mudah dicari di pasaran dengan kepelbagaian bau.
Penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk memberikan regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam atau braided kerana shock leader bersifat stretch (meregang).
Namun tidak bermakna perambut tidak perlu digunakan sekiranya tali utama yang digunakan adalah dari jenis tali tangsi. Ini kerana fungsi perambut bukanlah sekadar untuk memberikan regangan sahaja. Banyak lagi kegunaan leader atau perambut namun ia perlu penjelasan dalam aspek lain pula.
Bagi penggunaan leader dari jenis fluorocarbon pula, kelebihan tali jenis ini ialah keupayaan invisibilitinya ketika di dalam air lantas mengurangkan kenampakan fizkal tali di dalam air. Ini terjadi kerana material fluorocarbon adalah dari kristal yang bersifat telus pandang. Kelebihannya membolehkan peratusan ikan mengambil umpan adalah lebih tinggi.
Dari aspek lain pula sifat fluorocarbon adalah lebih keras berbanding nylon. Oleh yang demikian lebih tahan lasak dan tidak mudah luka atau putus apabila bergesel dengan struktur pepejal yang tajam di dalam air. Malah fluorocarbon juga tidak mudah kerinting atau berpintal sebagaimana tali nylon.
Walaupun ada juga kelebihan tali nylon berbanding fluorocarbon namun dalam banyak aspek ia nyata mengatasi nylon terutamanya pada harganya. Tali fluorocarbon ini agak mahal berbanding tali mono biasa. Sekiranya tidak mampu, gunakanlah perambut biasa tetapi ia amat penting sewaktu memancing spesies yang lebih sensitif.
Masukkan hujung tali pancing (perambut atau tali utama) ke dalam cincin mata kail atau swivel lebih kurang sejengkal atau lebih pun boleh.
Langkah 2
Bawa bahagian hujung tali ke bahagian bawah tali utama.
Langkah 3
Mulakan lilitan dengan menindan bahagian hujung tali ke atas tali utama.
Langkah 4
Kemudian teruskan lilitan ke atas kedua-dua tali iaitu tali utama dan tali utama yang keluar dari gelung cincin.
Langkah 5
Teruskan lagi lilitan menghala ke arah mata kail atau swivel.
Langkah 6
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya 5 hingga 7 kali. Lagi banyak lilitan sebenarnya lagi bagus kerana ia menguatkan lagi simpulan.
Langkah 7
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam ruang gelung yang terhasil antara tali utama dan tali yang keluar dari gelung cincin.
Langkah 8
Kemudian masukkan pula bahagian hujung tali ke dalam gelung pertama yang dihasilkan dari lilitan tadi.
Langkah 9
Tarik bahagian hujung tali sambil melurut lilitan agar tidak bertindan antara satu sama lain. Kemudian tarik pula bahagian tali utama dengan kuat. Apabila ikatan sudah cukup ketat, potonglah lebihan hujung tali yang tidak diperlukan. Siap!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...