Sifat Perlu Ada Bagi Pemancing Rekreasi!!

Share

 

Amalkan tangkapan terpilih.

 

Jangan ambil ikan melebihi keperluan. Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.

Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.

Lepaskan ikan induk untuk membiak.

Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.

Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.

Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.

 

Ikan-ikan terancam di Malaysia

Air tawar: Kelisa, temoleh, toman bunga, jengkua, kelah (kecuali di Taman Negara), jelawat liar, patin liar seperti patin muncung, kenerak, begahak, sikang.

Air masin: Semua ikan berparuh seperti layaran dan marlin, ikan yu besar, kerapu bara (coral trout).

 

Jangan mencemar atau merosakkan

 

Lupus sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.

Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan. Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.

 

 

Perlu diingat bahawa kita bukan nelayan. Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri. Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.

Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.

Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.

 

 

Jangan mengganggu keselesaan pemancing. Sentiasa menjaga nilai persahabatan. Hormati barangan milik pemancing.

Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.

 

Hormati hak pemilik properti.

Termasuk nelayan.

Jangan menceroboh.

Mohon kebenaran, jika perlu.

Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.

Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.

 

 

Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik. Lebih keseronokkan untuk semua orang.

Belajar dan tingkatkan skill. Bersedia menjadi pelabur.

Elakkan dari menjadi agen penyebar spesies asing

Biodiversiti aturan Tuhan adalah paling sempurna.

Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesies yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.

 

 

Spesies asing di perairan negara.

 

Cichlids: flowerhorns, peacock bass, jaguar cichlids, tilapia bunga, semua jenis dari keluarga tilapia.

Kap: Kap rumput (tongsan sisik kasar), leekoh, kap kepala besar (tongsan sisik halus), kap perak, rohu.

Catfish: Keli Afrika, patin Mekong, patin Chaopraya, baung ekor merah, Amazon redtail, Russian catfish.

Lain-lain spesies: Pacu, Lampam jawa, ikan bandaraya, alligator gar, arapaima.

 

 

Tonjolkan nilai rekreasi dalam memancing.

 

Ingat, banyak keseronokkan lain dalam memancing selain menangkap banyak ikan.

Nikmati keindahan persekitaran.

Hubungan persahabatan / kekeluargaan.

Rasai keseronokan mengharungi cabaran memancing.

Published by
Amang