Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai! Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Mudah Kelam-kabut
Ads
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Ads
Dengki tak bertempat
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Ads
Set Peralatan Tak Sepadan
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mungkin disebabkan tiada ubat yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah maka muncullah pelbagai petua bagi mengatasinya. Oleh kerana ia cuma petua, bukannya penawar maka tiada siapa yang dapat mengesahkan keberkesanannya.
Jadi, admin nak anda semua berbincang tentang logik disebalik petua-petua yang entah dari mana asal usulnya ini.
Minum Air Laut
Minum beberapa teguk air laut atau mandi laut. Memang tak nampak di mana logiknya kalau minum air laut. Tapi kalau mandi laut tu mungkin juga sebab kalau lakukan aktiviti menyeronokkan, secara tidak langsung hilang segala masalah termasuklah mabuk laut.
Selit Lada Hitam Dalam Pusat
Letak beberapa biji lada hitam di dalam lubang pusat dan tutup dengan plaster atau apa-apa saja pelekat. Mungkin lada hitam tersebut bertindak menyerap atau menyedut keluar angin yang terkumpul di dalam melalui pusat. Agaknya la…
Tampal Koyok Pada Pusat
Tampal koyok yang biasa digunakan untuk menghilangkan sakit kepala pada pusat. Logiknya… koyok banyak diguna pakai untuk meredakan sakit kepala atau anggota badan lainnya. Jadi, ia mungkin dapat membantu meredakan pening akibat mabuk laut.
Makan Pisang Kelat
Makan sebiji dua pisang mentah yang kelat rasanya. Mungkin ada kesannya kerana itulah pisang disebut dalam pantun yang melibatkan pelayaran. Tapi kalau anda percaya pada pantang larang membawa pisang ketika memancing di laut, susahlah nak makan pisang jawabnya.
Makan Kulit Limau
Hidu buah limau nipis dan makan sedikit kulitnya. Memang ada logiknya kerana sudah terbukti buah limau nipis sering dibawa dalam pelayaran. Sifat rasanya yang masam dan baunya yang segar mampu menghilangkan rasa mual dan loya.
Selit Kangkung Pada Badan
Selitkan sayur kangkung pada pinggang atau di dalam poket pakaian. Admin rasa ini lebih kepada lawak jenaka kerana langsung tidak nampak apa kesannya dengan cara menyelit kangkung pada badan. Apa kuasa yang ada pada kangkung?
Minum Air Bergas
Minum air berkarbonat yang dicampurkan perahan limau nipis. Memang ada logiknya. Malah admin sokong seratus peratus. Kalau takde limau nipis, boleh campur asam boi. Kena pulak aiskerim soda campur asam boi… kemudian simpan dalam tong ais. Perghhhh… minum waktu panas terik. Nyaman betul.
Gigit Cengkih
Gigit batang cengkih. Mungkin ada kebenarannya juga kerana cengkih adalah rempah ratus yang bersifat pedas dan panas. Lagipun tak susah nak simpan cengkih atas bot. Selit dalam poket seluar pun boleh. Bila rasa nak mabuk tu datang, bolehlah dicuba petua ini.
Tampal Halia Bara
Tumbuk halia bara, kemudian sapu pada perut dan pusat. Nampak macam berkesan tapi tak sanggup pulak admin nak bayangkan rasa pijor atau kepanasan kulit perut dan pusat bila ditampal dengan halia bara.
Kunyah Keledek Mentah
Makan keledek mentah. Bukannya keledek goreng atau rebus. Mungkin berkesan. Cuma ada pendapat mengatakan ubi ini boleh menyebabkan angin. Bukannya mengeluarkan angin. Takut nanti ia menyebabkan angin berkumpul dalam badan susah untuk dikeluarkan. Lagi susah angin keluar maka lagi cepat kejadian mabuk berlaku.
Makan Madu
Makan 3 sudu madu yang dicampurkan secubit garam. Rasanya semua orang tau bahawa madu merupakan penawar segala jenis penyakit. Mabuk laut pun satu jenis penyakit jugak. Kalau tak cuba tak tau… lepas ni bolehlah cuba bawak madu ke laut.
Guna Daun Gugur
Tangkap daun yang gugur tanpa mencecah tanah dan kemudiannya selitkan pada pinggang atau simpan di dalam poket pakaian. Admin rasa petua ni langsung takde logik. Kalau bawa daun ketum mungkin la kot.
Tiada syarikat produk memancing atau badan-badan tertentu menganugerahkan titel SIFU atau MASTA kepada mana-mana pemancing. Titel yang ada cuma gelaran atau tanda hormat semata-mata. Namun, korang boleh diangkat sebagai sifu atau masta sekiranya mengamalkan sikap berikut:
Kita tidak lagi atau berhenti terus dari menilai dan menghukum pemancing lain. Sebaliknya mengambil sikap untuk fokus bagi merubah diri sendiri.
Kita boleh menerima minat pemancing lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub kepada sesuatu teknik atau segmen memancing yang sealiran dengan minat sendiri.
Kita berani melepaskan kenangan lama yang pahit (kena kencing atau sebagainya). Tidak berdendam dan simpan dalam hati buat selama-lamanya.
Kita berhenti mengharap dan meminta dari pemancing lain, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat pujian dan pengiktirafan netizen. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina netizen.
Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan pemancing.
Kita berhenti membandingkan hasil kita dengan hasil orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat hasil pemancing lain.
Kita boleh bezakan antara dan keperluan memancing, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “strike” dari menikmati “mahalnya set pancing”.
Tahukah korang ikan-ikan unjam seperti kerisi, kembung, selar, tamban juga tidak kurang sedapnya jika berada di atas meja hidangan. Yang penting tahu apa jenis resipi dan masakan yang anda pilih, misalnya ikan kembung masak asam di bawah ini. Gerenti makan nasi bertambah.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembong saiz sederhana – dibersihkan.
2 biji bawang besar – dipotong bulat.
3 biji bawang putih – dimayang.
1 cm halia – dimayang.
1 cm belacan.
6 biji cili padi – dibelah dua.
1 biji cili merah – dihiris serong.
200 ml air asam jawa.
Serbuk kunyit secukupnya.
2 sudu makan gula.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng dan menumis.
CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
Perapkan ikan kembung bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan asingkan.
Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit layu.
Kemudian masukkan air asam jawa secukupnya. Didihkan.
Setelah itu masukkan sedikit garam dan gula mengikut suka.
Akhir sekali, masukkan ikan kembung goreng dan biarkan seketika. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan cili merah. Sedia untuk dimakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...