Sifat ikhlas

Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan kerahsiaan antara hamba dan Tuhannya.

Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah SWT yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan reda Allah SWT, dia tidak melakukannya.

Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah SWT dan tidak membuahkan hasil.

 

Mujahadah dan kekentalan jiwa

Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadan.

Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat diluar bulan Ramadan.

 

Sifat sabar

Puasa melatih kita bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan.

Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

 

Memelihara fizikal

Ads

Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

 

Prihatin dan belas kasihan

Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut.

Perasaan ini adalah titik tolah kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

 

Membuka hijab antara diri dangan Allah SWT

Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan rohani dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan Tuhannya.

 

Mengenali erti kejayaan sebenar

Ads

Puasa mengajar Mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harga atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah SWT adalah kejayaan yang hakiki.

Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Tuhannya.

 

Rasa belas dan lemah lembut

Rasulullah SAW mengajar umatnya, apabila seseorang mencari atau memerli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!”

Seorang Mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan.

Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah.

Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

 

Memperkukuh kesatuan ummah

Ads

Orang Islam di seluruh dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat

Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampau batas geografi.

Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara dharuyah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap Mukmin.

 

Merapatkan hubungan dengan alam

Penentuan Ramadan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada pencipta-Nya.

 

Menjaga masa

Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu terbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya.

Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang Mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

 

Kesihatan tubuh badan

Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI