Sidang Media Asian Monsun Casting Tournament 2017

Share

 

Sekurang-kurangnya 300 kaki pancing telah mengesahkan penyertaan termasuk lapan dari Korea Selatan, tiga dari Singapura dan Indonesia, Amerika Syarikat dan Austria masing-masing seorang peserta, dan selebihnya adalah peserta tempatan yang akan bertanding dalam Asian Monsun Casting Tournament (AMCT) 2017 yang akan bermula pada 30 November hingga 3 Disember ini di Tasik Kenyir, Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di sidang akhbar dan majlis penyerahan penajaan sempena AMCT yang berlangsung di Duyong Marina, Kuala Terengganu.  Program kendalian Sekretariat MCT dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi kali ketiga itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM65,000 berupa enjin bot, bot aluminium, bot gentian kaca, motor elektrik dan aksesori memancing hasil sumbangan 47 badan penaja.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Pengurus Pelancongan Ke tengah, Ahmad Fathil Abdul Ghani, Penasihat AMCT iaitu Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai kartunis Ujang dan Pengerusi AMCT sendiri iaitu Azri Ngah, wakil-wakil penaja utama seperti Mercury Marine, Pure Fishing, Trojan Gigamate serta Khairol Fiber.

Menurut Azri Ngah, sebanyak 15 buah rumah bot dan 150 bot laju akan digunakan sepanjang kejohanan ini bagi merebut sembilan kategori yang dipertandingkan. Antara kategorinya ialah King OF Sebarau, King Of Toman serta King Of  AMCT 2017

Selain itu, empat orang pemancing terbaik dari kejohanan ini akan berpeluang menyertai International Bass Fishing 2018 yang akan diadakan di Tasik Andong Korea Selatan melalui Anglers Exchange Programme.

 

 

Published by
Amang