Dalam pancingan sukan, ikan siakap sangat popular dengan kekuatan dan aksi lompatannya. Di Malaysia sahaja, terdapat banyak kolam pancing air masin yang menjadikan siakap sebagai spesies tarikan kepada pemancing. Ikan siakap boleh dikategorikan sebagai ikan sukan yang hebat.

 

Siakap Dalam Aspek Pancingan Sukan!!

 

Aksi lompatan dan cubaan melepaskan diri daripada mata kail pasti mengujakan mana-mana kaki pancing, lebih-lebih lagi jika menggunakan peralatan yang sepadan.

 

Dalam konteks pancingan menggunakan rod dan tali, ikan siakap merupakan spesies yang begitu popular di kalangan kaki pancing di Malaysia. Lompatan akrobatik ikan siakap ketika dalam pertarungan merupakan aksi yang hampir pasti akan kelihatan. Malah aksi akrobatik itulah yang ditagih oleh kaki pancing walaupun aksi tersebut memungkinkan ikan tersebut berjaya meloloskan diri.

 

Ads

Selain lompatannya, larian dan sifat tidak mudah menyerah kalah menjadikan siakap antara spesies popular di kalangan pancingan ikan sukan. Dan ia menjadi pakej ikan sukan yang lengkap setelah dijadikan juadah yang enak.

 

Dalam pancingan siakap, menjerat menggunakan umpan atau pancingan dasar merupakan cara yang terkenal sejak dari dahulu lagi. Umpan yang popular pastilah menggunakan umpan hidup. Bagi kaki kolam pula, penggunaan umpan udang mati juga merupakan alternatif yang sangat berkesan.

 

Siakap Dalam Aspek Pancingan Sukan!!

Ads

 

Udang mati biasanya dikopek kulitnya (disebut udang kopek) sebelum dicangkuk pada mata kail. Selain dibiarkan, anda juga boleh cuba menarik perlahan-lahan umpan mati ini bagi menarik minat siakap membaham umpan.

 

Selain daripada umpan udang, beberapa alternatif umpan lain juga boleh dicuba. Antaranya menggunakan ikan selayang yang dipotong. Ikan hidup seperti anak tilapia, lampam, belanak dan puyu juga agak popular sejak kebelakangan ini untuk mendaratkan spesies siakap.

 

Ads

Selain pancingan dasar, teknik lain yang popular tentulah menggunakan teknik mengilat menggunakan gewang tiruan. Bagi penggunaan gewang, gewang pilihan yang sesuai bagi menggoda siakap ialah gewang yang seakan ikan dengan kemampuan selaman dalam dan sederhana.

 

Siakap Dalam Aspek Pancingan Sukan!!

 

Penggunaan gewang juga sangat popular menjerat siakap apatah lagi saat siakap membaham gewang. Boleh pecah dibuatnya. Persembahan gewang pula perlu pelbagai dengan sedikit henjutan atau jerk ketika karauan.

 

Lebih elok, cari struktur berbatu dan berkayu sebagai lokasi untuk membaling gewang. Ikan siakap akan menggunakan sisi pipinya yang tajam selain permukaan mulutnya yang kasar untuk memutuskan tali perambut.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI