Bagi mereka yang ingin mencuba teknik jigging khususnya di perairan Port Dickson atau PD, berikut merupakan tip yang diberikan oleh seorang tekong yang sudah sekian lama membawa pemancing untuk jigging.
Reel Pilihan
Boleh juga menggunakan kekili menegak (overhead baitcaster) tetapi lebih disaran menggunakan spinning reel atau kekili mendatar siri 3000 ke 4000. Pastikan juga kekili kayuhan laju dengan ratio sekurang-kurangnya 6:1 dan lasak serta kalis air masin. Penggunaan spinning reel lebih praktikal kerana boleh membuat lontaran jig dengan lebih lancar.
Rod Pilihan
Apa saja jenis rod atau joran bersesuaian untuk teknik jigging boleh digunakan. Kekuatan joran yang disarankan adalah PE 1 hingga PE 3 dengan medium actin atau fast action.
Ads
Jig Pilihan
Jig bersaiz 30gm hingga 60gm perlu dibawa. Jika perlu bawa juga jig sehingga 100gm bergantung kepada arus dan tiupan angin yang akan mempengaruhi hanyutan sampan.
Warna – sebaiknya pastikan jig memiliki warna asas silver/chrome disulam kebiruan atau merah jambu atau pun hijau.
Ads
Mainline / Leader
Tali utama sebaiknya jenis braided minimum 15lb. Lebih main jika melebihi 15lb sehingga 30lb. Atas beberapa sebab anda tidak digalakkan menggunakan tali mono kecuali anda tahu memilih jenis mono yang sesuai.
Ads
Bagi leader pula sebaik-baiknya melebihi 20lb sehingga 40lb. Peluang untuk mengena ikan lebih tinggi jika menggunakan leader lebih halus tetapi ia tidak tahan dengan geseran pada struktur seperti karang dan batu-batu tajam di dasar.
Assist Hook
Assist hook digalakkan bersaiz lebih besar daripada badan jig bagi memastikan ikan melekat kukuh apabila strike. Sebaiknya juga menggunakan treble hook atau mata 3 pada bahagian bawah jig.
Tip di atas adalah berdasarkan pengalaman tekong di mana ada masanya ikan kasar seperti GT, sagai, aruan tasik skala 8 kg ke 10 kg membaham jig. Cuma rezeki masing-masing yang akan menentukannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya bukan nak memandai jauh sekali nak kecam tapi nak berkongsi pendapat tentang udang galah. Sebenarnya saya tertarik dengan penjelasan admin Majalah Umpan dalam segmen Korang Tanya Umpan Jawab berkaitan dengan musim udang galah. Saya bersetuju dengan pendapat admin, cuma saya ingin buat sedikit input berdasarkan pengalaman sendiri memancing udang galah.
Berkenaan musim udang galah, saya ada teori sendiri berdasarkan pengamatan bertahun-tahun. Biasanya Tahun Baru Cina sering dijadikan penanda kepada musim udang galah. Sebabnya? Kalau dibandingkan dengan teori Majalah Umpan iaitu musim tiada hujan, persamaan di sini adalah musim panas.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Tahun Baru Cina biasanya disambut ketika iklim negara dalam musim panas. Secara semulajadi, udang galah aktif mencari makan ketika cuaca panas dan sebaliknya menjadi kurang aktif ketika air sejuk (musim hujan).
Bila udang aktif mencari makanan, baru la senang kita nak pancing. Kalau tak dapat banyak pun kita tidaklah kumpau nanti. Dalam erti kata lainnya atau kata kuncinya di sini adalah faktor suhu air. Sebelum turun memancing udang galah, kita perlulah ambil tahu tentang suhu air.
Berkenaan kewujudan udang galah di air tawar dan air payau, sebenarnya udang galah boleh hidup di air tawar namun perlu turun ke air payau untuk membiak. Sebab larva udang yang baru menetas hanya boleh survive dalam air payau. Setelah mencapai bentuk udang (pasca larva) ia akan kekal di kawasan air payau atau kembali ke air tawar sehingga ke hulu sungai.
DALAM KESERONOKAN MELAYAN TARIKAN IKAN-IKAN DI UNJAM, ADA KALANYA BERLAKU KES MATA APOLLO TERBELIT. AKIBATNYA ADA PEMANCING YANG BUANG SAHAJA DAN BUKA MATA APOLLO YANG BARU. SEBENARNYA ADA TIP MUDAH MENGELAKKAN DARI APOLLO KITA BERSIMPUL.
GUNAKAN BATU LADUNG BESAR
AIni supaya ketika di dalam air, sekiranya apollo kita mendapat ‘full house’, pergerakan ikan yang cuba untuk melepaskan diri dapat disekat oleh batu ladung yang besar. Sekiranya kita memakai batu ladung kecil, dengan mudah ikan akan cuba untuk melepaskan diri dengan berenang tak tentu arah dan ini akan menyebabkan apollo mudah bersimpul.
ELAKKAN MELETAKKAN DI ATAS LANTAI
Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Satu lagi tipnya ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang. Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Spesies ini memakan umpan anda seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran begitu tidak ketara sehingga mata kail sudah masuk ke dalam mulutnya.
Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada spesies ini dan pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0.
Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil, pendapat saya penggunaan sotong kurita (jejari) adalah umpan terbaik selain cumit hidup, udang dan ikan bilis bergantung kepada jenis umpan ada. Mungkin di kawasan perairan Pulau Sembilan, umpan ikan bilis adalah paling mudah dan sesuai digunakan.
Waktu paling sesuai ialah ketika air mati dengan umpan udang hidup, jejari sotong kurita dan juga perumpun. Kawasan tersebut adalah berpasir dan dasar mendatar di kuala selat (Pelabuhan Klang) dan mempunyai kedalaman sekitar 15meter hingga 25 meter.
Masa kini ikan gegerut turut banyak dipancing melalui teknik jigging. Ia membuktikan spesies dasar ini juga boleh diperdaya dengan umpan tiruan seperti jig. Penggunaan sotong getah pada assist hook turut membantu memikatnya.
Masakan
Gegerut lebih enak dimasak kari, tumis pedas atau stim. Anda juga perlu berwaspada kerana sesetengah gegerut mempunyai daging yang agak liat dari kebiasaan. Kes ini biasanya terjadi pada spesies yang mati mengejut (pendapat orang lama) selepas dinaikan terutama separuh badan hilang disambar pemangsa yang lebih besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...