Setting Terbaik Untuk Memancing Ikan Ketutu

Share

 

Ikan ketutu dipancing bukanlah disebabkan oleh daya juang sebaliknya disebabkan oleh kualiti dagingnya.  Ikan ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata merupakan salah satu ikan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran.

Spesies Marble Goby ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran, namun dalam sektor akuakultur, ikan ini mengambil masa yang lama untuk membesar.

 

Ketutu atau haruan ketutu mempunyai mulut yang lebar dan tinggal di kawasan paya, kolam, sungai dan tasik. Dikenali sebagai ikan yang sangat pasif, spesies ini menggunakan teknik menyedut ketika memakan mangsanya yang lalu di hadapannya.

 

 

Di sini antara tip dan teknik yang mungkin boleh membantu anda yang berminat untuk memancing spesies ikan ini:

 

Set pancing

Gunakan set pancing air tawar yang asas dengan kepanjangan rod yang sesuai, tali dan mata kail. Apa yang penting, anda mampu menjangkau spot yang dirasakan terdapatnya ikan ini dengan set pancing anda.

 

Umpan

Umpan yang paling sesuai ialah menggunakan cacing atau udang kecil kerana kedua-dua ini merupakan diet utama ikan ketutu. Gunakan umpan udang hidup untuk menarik perhatian itu atau pastikan cacing anda meliang-liuk pada mata kail.

 

 

Teknik

Ketutu biasanya hidup di kawasan air tenang atau di tempat yang terlindung dengan struktur pada kedalaman sekitar 1-3 meter. Apa yang penting, pastikan umpan anda turun ke dasar kerana ketutu hidup di dasar air.

 

Guna pelampung untuk lebih mudah melihat sama ada umpan telah diambil ketutu. Jika pelampung tenggelam, biarkan beberapa saat sebelum menarik rod.

 

 

Oleh kerana ikan ketutu sangat pasif, pastikan umpan anda diturunkan di spot yang dekat dengan ikan ini.

Published by
Amang