Tali sulam utama dengan kekuatan breaking point sekitar 10-20lb sudah memadai untuk penggemar teknik casting dan light jigging. Kekuatan tali melebihi 20lb dikira terlalu berat untuk menikmati pertarungan yang sebenar.
Kekuatan tali utama ini adalah kekuatan yang sesuai untuk kebanyakan spesies trevally termasuk gerong belang dengan mengambil kira kaedah pancingan casting di zon strike trevally.
Ads
Sekiranya anda memilih tali nylon atau tangsi, pilihlah tali yang mempunyai warna yang terang jika anda gunakan tali jenis ini sebagai tali utama.
Ads
Jika anda mengamalkan teknik trolling pula, gunakan gewang berbibir minnow saiz sederhana dengan kelajuan bot sekitar 4-6 knot.
Waktu yang paling sesuai untuk memancing gerong belang dan kebanyakan spesies trevally ketika waktu air penuh kerana trevally aktif mengejar ikan kecil di habitatnya pada waktu sebegini.
Ads
Bagi kaki casting, cermin mata polaroid sangat membantu terutama ketika mengenal pasti lokasi gerong belang di dalam kawasan air cetek dan jernih selain mengelakkan mata anda letih ketika memancing di lautan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan karuk? Ikan apa tu… macam mengarut je nama. Tentu korang tak pernah dengar, kan? Ikan puyu atau ikan karuk (nama panggilan di Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya Anabas testudineus merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini.
Ikan puyu memiliki sisik atau bersisik dan bersirip keras. Sirip pektoralnya yang keras dan panjang ini memainkan peranan bagi memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah.
Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi ia kekal dalam keadaan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Ia hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah tangkap dan lepas bagi yang bersaiz kecil).
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani. Di tempat yang tidak terdapat ikan puyu secara semula jadi, spesies ini dianggap spesies ceroboh. Ketika musim kering, ntuk terus hidup ikan ini berupaya melompat ke darat sebagai ikhtiar hidup mencari air. Beberapa kejadian yang menyebabkan kematian telah berlaku apabila ia melompat ke dalam mulut manusia lalu mati tercekik.
Ikan ini merupakan sumber penting sebagai ikan makanan di sesetengah tempat di India dan di Asia Tenggara di mana keupayaannya untuk hidup di luar air bagi jangka masa yang panjang, selagi kekal lembab, meningkatkan keupayaan pemasarannya.
Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur.
Ikan puyu merupakan spesies ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air.
Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.
Panjang tubuhnya dapat mencapai 120cm. Sudut mulutnya terdapat dua pasang kumis pendek (barbel) yang berguna sebagai deria pengesan.
Sirip dorsal memiliki duri keras yang berubah menjadi patil yang besar serta bergerigi di tepiannya, sedangkan duri-duri lembut pada sirip dorsal terdapat 6 – 7 unit.
Pada permukaan belakang badannya ada sirip dorsal kedua (adipose fin) yang ukurannya sangat kecil dan sirip kaudalnya membentuk cagak dengan bentuk simetris.
Sirip analnya agak panjang dan mempunyai 30 – 33 duri-duri lembut lunak, sirip pelviknya terdapat 6 duri-duri lembut.
Sedangkan sirip pektoral terdapat satu duri keras yang berubah menjadi senjata yang dikenal sebagai patil (sengat) dan memiliki 12-13 duri lembut.
Habitat dan Tabiat Ikan Patin
Habitat ikan patin ialah di tepi sungai–sungai besar dan di muara-muara sungai dan tasik. Jika dilihat dari bentuk mulut ikan patin yang letaknya sedikit agak ke bawah, maka ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar perairan.
Ikan patin begitu terkenal dan digemari oleh masyarakat kerana daging yang enak dikonsumsi. Patin dikenali sebagai haiwan yang bersifat nokturnal, iaitu melakukan aktiviti atau aktif pada malam hari. Ikan ini suka bersembunyi di liang-liang tepi sungai.
Larva ikan patin di alam semulajadi biasanya bergerombolan dan sesekali muncul di permukaan air untuk menghirup oksigen dari udara pada menjelang awal pagi.
Untuk ternakan ikan patin, medium atau lingkungan yang diperlukan tidaklah rumit, kerana patin termasuk golongan ikan yang mampu bertahan pada lingkungan perairan yang berkualiti rendah.
Walaupun patin dikenal ikan yang mampu hidup pada lingkungan perairan yang rendah kualiti, namun ikan ini lebih menyukai perairan dengan kondisi perairan bersih.
Terdapat 3 jenis sotong yang biasanya dicandat apabila tiba musim mencandat sotong di perairan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Ketiga-tiga sotong ini memiliki sifat dan morfologi yang hampir sama iaitu sotong torak, ketupat dan jarum.
Sotong Torak
Sotong ini kebanyakan ditemui di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ketika musim bertelur, sotong ini akan menghampiri pantai dan unjam darat untuk bertelur.
Mengikut cerita nelayan, sotong yang ditangkap di kawasan unjam laut bersaiz lebih besar dan panjang.
Bagi mencadat sotong ini, selalunya nelayan mencari kawasan ia bertelur semenjak waktu petang lagi. Kawasan sotong bertelur ini dikenali sebagai kandang.
Jika terjumpa kandang ini, sauh bot akan dilabuhkan. Aktiviti mencandat bermula dari petang hinggalah ke waktu subuh.
Lampu generator dipasang pada waktu malam kerana, sotong ini cukup aktif bermain cahaya lampu.
Semakin terang cahaya lampu yang dipasang, semakin banyaklah sotong yang berkumpul di bawah bot.
Penduduk tempatan lebih selesa menggunakan koyan bagi memancing sotong ini. Bagi kebanyakan pemancing moden, mereka lebih suka menggunakan joran pancing kerana mereka tidak mahir menggendalikan koyan yang berselirat.
Candat yang digunakan termasuklah candat udang, candat mayat dan candat umpan.
Pancingan dilakukan dengan cara menghenjut. Bagi candat umpan cukup sekadar membiarkannya di dasar laut dan diperiksa sekali-sekala.
Jika sotong terkena pancing, pancing akan terasa berat. sotong yang besar mampu untuk menarik tali keluar dari kekili atau koyan.
Ketika sotong menghampiri permukaan air, ia akan memancutkan air atau dakwat hitam dalam usaha untuk melepaskan diri.
Perlu diingat jangan sesekali menarik sotong secara lurus menghadap muka. Sengetkan sedikit tali bagi mengelakkan daripada terkena dakwat sotong.
Sotong Ketupat
Sotong ketupat mempunyai saiz yang sederhana. Saiznya hampir menyamai sotong jarum tetapi bentuk badannya lebih membulat manakala sotong jarum mempunyai badan yang tirus dan panjang.
Warna badan sotong ketupat agak cerah berbanding sotong jarum yang lebih gelap. Selalunya sotong ketupat menyertai kumpulan sotong jarum dan sotong torak.
Ramai pencandat baru tidak dapat membezakan dengan jelas antara anak sotong torak dan sotong ketupat.
Selalunya sotong ketupat mempunyai bentuk perut yang agak buncit dan badannya pendek sedikit.
Cara ia menyambar candat hampir menyamai cara torak menyambar umpan cuma tarikannya tidaklah sekuat sotong torak.
Sotong ketupat banyak ditangkap menggunakan pukat. Jika anda turun ke laut untuk memancing sotong torak tentunya hasil tangkapan anda akan diselang seli dengan sotong ketupat.
Di pantai timur khususnya Terengganu, sotong ketupat bersaiz kecil dan sederhana dimasak bersama beras pulut dan manisan.
Masakan yang popular ini dikenali sebagai ketupat sotong.
Sotong Jarum (Cumit)
Sotong Jarum lebih menyerupai sotong torak, cuma saiznya lebih kecil. Sotong Jarum berwarna lebih merah daripada sotong Torak.
Ketika memancing sotong torak, kadang-kadang sotong jarum akan mencelah. Selalunya nelayan tidak menyukai sotong ini kerana saiznya lebih kecil dan lebih murah. Sotong selalu mengacau pemancing sotong torak.
Sotong Jarum juga boleh dipancing dari kawasan pantai. Bagi pemancing ikan, sotong jarum adalah salah satu umpan yang disukai bagi memancing jenahak dan kerapu.
Jika sotong jarum banyak, lampu akan dipasang dan sotong ini boleh ditangkap hanya dengan menggunakan sauk sahaja.
Sotong ini juga berminat dengan umpan yang dihulurkan oleh pemancing. Walaupun sotong ini suka menyambar gewang, ia agak sukar untuk dinaikkan kerana saiznya yang agak kecil.
Ketika waktu kurang aktifnya, kita dapat merasakan sotong ini memegang dan melepaskan semula gewang beberapa kali. Jika ini berlaku peluang untuk menaikkan sotong jarum sangat tipis.
Dari segi tentangan, sotong ini sesuai dipancing menggunakan joran aksi ringan. Dalam berseronok memancing jangan pula kita alpa tentang dakwatnya.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...