Jig bersaiz 30gm hingga 60gm perlu dibawa. Jika perlu bawa juga jig sehingga 100gm bergantung kepada arus dan tiupan angin yang akan mempengaruhi hanyutan sampan.
Warna – sebaiknya pastikan jig memiliki warna asas silver/chrome disulam kebiruan atau merah jambu atau pun hijau.
Boleh juga menggunakan kekili menegak tetapi lebih disarankan mengguna reel atau kekili mendatar siri 3000 ke 4000.
Pastikan juga kekili kayuhan laju dengan ratio sekurang-kurangnya 6:1 dan lasak serta kalis air masin.
Tali utama sebaiknya jenis braided minimum 15lb. Lebih main jika melebihi 15lb sehingga 30lb. Atas beberapa sebab anda tidak digalakkan menggunakan tali mono kecuali anda tahu memilih jenis mono yang sesuai.
Bagi leader pula sebaik-baiknya melebihi 20lb sehingga 40lb. Peluang untuk mengena ikan lebih tinggi jika menggunakan leader lebih halus tetapi ia tidak tahan dengan geseran pada struktur seperti karang dan batu-batu tajam di dasar.
Assist hook digalakkan bersaiz lebih besar daripada badan jig bagi memastikan ikan melekat kukuh apabila strike.
Sebaiknya juga menggunakan treble hook atau mata 3 pada bahagian bawah jig.
Tip di atas adalah berdasarkan pengalaman tekong di mana ada masanya ikan kasar seperti GT, sagai, aruan tasik skala 8 kg ke 10 kg membaham jig. Cuma rezeki masing-masing yang akan menentukannya.