Satu setem peranti, yang menggambarkan ikan kod (Gadus morhua) telah dikeluarkan seawal 1755 dalam tanah jajahan di Massachusetts, manakala setem pertama yang seperti
setem hari ini (bergam) menggambarkan satu lagi ikan kod dan telah dikeluarkan pada tahun 1865 di Newfoundland.
Jadi, negara pertama yang menggambarkan ikan pada setem mereka ialah Newfoundland pada tahun 1865, iaitu sejak lebih seratus tahun yang lalu.
Setem yang menunjukkan ikan kod ini telah mempengaruhi corak bagi negara lain untuk menggambarkan ikan kod dan salmon sebagai lambang.
Ads
Ikan kod Atlantik atau Gadus morhua, merupakan ikan demersal tergolong kepada famili Gadidae. Ia juga dikenali bagi tujuan komersial ikan kod atau haberdine.
Ikan cod dan ikan salmon juga telah muncul sebagai ikon setem lebih kerap daripada mana-mana spesies ikan lain.
Pada setem yang menggambarkan ikan yang pertama sekali di dunia ini sebenarnya terdapat kisah yang agak menarik.
Ads
Pada asalnya, ikan kod yang terdapat di setem bagi negara Newfoundland ini dilukis secara terus dari kepala hingga ke ekor.
Namun oleh kerana ianya terlalu memakan ruang bagi skema setem, pihak American Bank Note melukis semula ekornya agar melengkung ke dalam.
Ads
Negara-negara lain mempunyai pelbagai objektif dalam menggambarkan ikan pada setem mereka.
Kanada, Newfoundland, Borneo Utara, Seychelles, Chile, Iceland, St Pierre & Miquelon, Trieste dan Tunisia menggunakan setem untuk memberi publisiti kepada industri penangkapan ikan mereka.
Kanada telah menggambarkan ikan sebagai ikon bagi menunjukkan memancing sebagai sukan dalam siri empat setem sukan pada tahun 1957.
New Zealand dan Panama juga mempunyai idea yang sama di belakang setem ikan mereka.
Pada masa kini, terdapat begitu banyak setem ikan yang berwarna-warni bagi banyak negara untuk mempromosikan industri perikanan mereka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Menduduki carta di tempat kedua ialah ikan buntal. Perangai buntal lebih kurang sesirat juga. Malah ia lebih ditakuti berbanding benci kepada sesirat. Buntal bukan saja kerap menggigit tali utama dan perambut, ia juga suspek pembunuh kepada umpan hidup terutamanya udang hidup. Dengan harga udang hidup yang semakin mahal, ia tentu menyakitkan hati pemancing jika lubuk dipenuhi si buntal.
Ketam
Sama ada ketam nipah, ketam batu atau lain-lain, ia merupakan spesies mengutis umpan yang cekap dan menyakitkan hati. Sebagaimana ikan buntal, ia juga pakar mengerjakan umpan udang hidup. Jika dibiarkan lama, ia bukan saja memakan kaki udang malah sehingga mata kail menjadi kosong. Kecuali ia tercangkuk pada mata kail, ia tidak lagi dianggap pengacau umpan sebaliknya satu tangkapan bonus.
Sama ada di muara, pesisir pantai atau perairan cetek, anda akan berhadapan dengan spesies bernama ulat bulut. Selain bijak menghabiskan umpan, ia kadangkala tercangkuk juga pada mata kail. Apabila didaratkan, pemancing perlu berhati hati ketika menanggalkan dari mata kail kerana spesies ini mempunyai bulu-bulu beracun dan sekiranya terkena pada anggota badan boleh menyebabkan kegatalan.
Kitang
Ikan yang bergerak secara berkumpulan ini dianggap sebagai spesies pengacau umpan, khusus bagi pemancing yang tidak menjadikannya sebagai ikan sasaran. Ia sememangnya gemar mengetis umpan dengan mulutnya yang kecil. Jika menggunakan mata kail yang besar maka ia selamat dari tercangkuk. Oleh yang demikian jika anda teringin untuk memancingnya juga maka gunalah mata kail yang lebih kecil.
Belangkas
Belangkas biasanya boleh ditemui di muara anak sungai kecil yang menghala ke kawasan muara. Sebagaimana ketam, ia boleh dibawa pulang dan dimakan jika tercangkuk pada mata kail. Namun jika tidak tercangkuk pada mata kail, ia samalah seperti spesies pengacau umpan lain yang menghabiskan umpan secara senyap.
Anak ikan
Apa saja jenis ikan termasuklah ikan-ikan kecil seperti seriding merupakan pengacau umpan yang paling banyak menghabiskan umpan. Terutamanya umpan dari jenis hirisan ikan. Bagi mengelak serangan anak atau ikan-ikan kecil, sebaiknya gunalah umpan yang agak liat seperti jejari sotong kurita. Walau dikutis ia masih mampu bertahan sehingga disambar spesies sasaran.
Selain dijadikan umpan yang mujarab, sebenarnya perumpun sarang juga tergolong dalam spesies pengacau umpan. Biasanya berada di kawasan anak sungai dan tebing yang bereba. Cuma kerjanya lebih halus berbanding ketam. Atau lebih kurang sama macam anak ketam. Biasanya dia akan meratah udang hidup secara perlahan-lahan. Kalau anda mendapati kaki udang hidup anda kudung semua, jangan tak percaya ia adalah kerja perumpun sarang.
Belukang
Merupakan ikan yang banyak berkeliaran di kawasan muara yang berselut dan berlumpur. Secara fizikalnya mempunyai mulut yang besar dan badan yang berbelang. Tabiat makan yang tidak memilih, semua umpan ikan ni sebat. Kadang-kadang telan umpan sehingga ke insang. Jika bersaiz kasar mungkin ada yang ingin membawa pulang dan memberikan sedikit hiburan ketika tercangkuk umpan. Tetapi jika asyik yang bersaiz dua jari yang membaham umpan, memang menjengkelkan!
Gedema
Seperti belukang, species ini tidak mempedulikan umpan apa yang digunakan. Semua yang melekat kat mata kail akan disapu. Kalau dah ambil umpan ia biasanya akan menelan mata kail hingga ke dalam perut. Kalau dah telan, amat susah untuk mengeluarkan mata dan kadang kala pemancing terpaksa mengeluarkan perambut dan digantikan dengan mata dan perambut yang baru. Jangan tertipu dengan rupa parasnya yang seakan kerapu itu.
Geng Sunway adalah nama jolokan yang diberikan kepada kumpulan pemancing haruan yang majoritinya menetap di Sunway, Petaling Jaya. Sementara kolam Kolam Halim yang dimaksudkan adalah bekas lombong yang dijadikan kolam ternak ikan secara kecil-kecilan oleh Halim.
Manakala haruan-haruan yang bersifat pemangsa kepada benih-benih ikan ternak yang gagal dihapuskan itu pula merupakan sasaran utama Geng Sunway apabila berkunjung ke Kolam Halim di Temoh, Perak ini.
Namun hasil pancingan pada kunjungan terbaharu ini ternyata agak mengecewakan. Berikutan cuaca panas dan kemarau, paras air lombong surut dengan begitu ketara. Apabila paras air berubah maka habitat haruan pun berubah. Haruan dikesan berada jauh ke tengah lombong. Justeru itu Geng Sunway sepakat untuk mencuba nasib di lokasi baru yang dicadangkan oleh Abang Lan.
Menurut Abang Lan, seorang kenalannya pernah meredah parit-parit di sebuah ladang kelapa sawit dalam kawasan Tanjung Tualang dan hasilnya begitu menggalakkan walaupun sekadar menggunakan umpan tiruan, bukannya katak hidup.
Dan dengan baki katak hidup yang masih ada, Geng Sunway ke ladang sawit sekitar 40 kilometer dari Kolam Halim. Setibanya di ladang sawit yang dimaksudkan, Geng Sunway berpecah dan bebas memilih parit-parit yang ada.
Setelah memerhati keadaan parit yang ketara tidak sesuai untuk mengamalkan pancingan umpan tiruan saya memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam sesi ujian lapangan baharu ini sebaliknya sekadar menemani Bob untuk merakam foto sekiranya beliau berhasil.
Dalam pada masa yang sama dapatlah saya timba ilmu memancing haruan menggunakan umpan katak hidup yang sememangnya saya kurang berkemahiran. Ternyata saya tidak salah memilih Bob sebagai guru. Setelah mencurahkan serba sedikit ilmu, jasa baik Bob itu terbalas dengan mendaratkan seekor bujuk dengan skala saiz yang agak lumayan juga.
Disebabkan bekalan katak hidup yang terhad dan ladang sawit itu terlalu luas untuk diredah dengan berjalan kaki, sesi ujian terpaksa dipendekkan. Selain Bob, Nayan turut sama berhasil mendaratkan seekor haruan dengan skala saiz yang juga lumayan.
Yang pasti parit besar dan parit kecil di kawasan ladang sawit tersebut ternyata berpotensi dan Geng Sunway mula merancang untuk kembali dengan kenderaan dan kelengkapan yang lebih sesuai untuk memujuk bujuk yang agak banyak populasinya di situ.
“Pernah kena sengat sembilang masa nak buka mata kail. Time zaman-zaman hero dulu buka pakai tangan je… sekali melekat kat jari daa.
Dah cabut semua… try ikut petua orang gigit ekor ikan tu. Time tu bukan takat gigit ekor je… siap gigit separuh lagi tak dan jugak tetap sakit.
Lepas tu nak dikencingkan tapi air tak mau keluar pulak dah. Terpaksa suruh member kencingkan.
Tak fasal-pasal kena kencing hidup-hidup dengan member. Sudahnya ke klinik jugak. (Pesanan khidmat masyarakat dari saya… standby la playar kalau pergi memancing).”
💡 AZMI AZRIEL FARHAN
“Semilang punya penangan 3 hari 3 malam aku tak tau perubahan siang ke malam, malam ke siang. 6 kali injection pun tak jalan. Rasa macam nak kerat je jari.
Kebas sampai la ni padahal dah berbulan-bulah dah kenanya. Finally doktor sahkan jari aku takleh kembali normal. Nampak tak power tak power semilang.”
💡 AIDIL AKMAL
“Haha… saya pernah kena sengat ikan sembilang sampai bengkak kaki. Nasib baik sepupu berpengalaman. Sepupu saya ikat tali kat paha tak nak bagi bisa naik smpai atas.
Dia letak air bateri kereta dekat tempat kena sengat. Sakit cuma Allah je yang tahu… tapi dalam masa sehari bengkak tu surut. Alhamdulillah sembuh.”
💡 KHAIROL ANUAR LATIP
“Aku pernah kena sengat sembilang kampung je. Besar jari telunjuk je ikannya. Tapi time habis mancing dan nak balik, tangan dah tak boleh nak bawak motor. Nyut nyut nyuuutttt rasanya!”
💡 ZARIFF RAZALI
“Kena duri ikan belukang. Terpacak kat jari. Mungkin dah tertusuk sampai tulang jari kot. Makan masa 3 bulan jugak baru hilang rasa sengal dengan kebas kat area kena tusuk tu.”
💡 HAFIZ SHAFINAS
“Pernah kena sengat dengan ikan kitang. Sekali kena terus nyut-nyut. Tak tahan sangat… kencing terus kat tangan. Lepas tu rendam dalam air laut… Alhamdulillah. Lepas tu mula dah kurang sakitnya.”
MARWAN DLUFFY
“3 hari tengok jiran duduk cabut rumput kat laman rumah dia. Tanya apa pasal rajin sangat. Dia kata kena sengat sembilang.
Tak boleh duduk diam tangan berdenyut-denyut… Hahaha. Tak sangka pulak sengat sembilang ni boleh buat orang jadi rajin.”
KHARUL RIDZUAN ISMAIL
“Rasanya semua jenis ikan dah kena sengat kecuali pari. Sakit tu je nak kabo… kena ibu sembilang sampai habis makanan dalam peti ais mak aku, aku makan.”
FADHYL WAN
”Nak share satu petua… kalau kena sengat cepat-cepat belah perut ikan tu ambil hempedu ikan dan letak pada tempat yang kena sengat. Insha-Allah… tapi kalau ikan laut tak tau la. Hehehe… setakat ni try ikan sungai je.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...