Nama: Abdul Rahman Bin Mohd Noh

Nama Fb: A Rahman Tekong Sementa

Usia: 38

Profil: Tekong Selat Melaka

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?

RAHMAN: Datangnya minat memancing dari sekolah menengah lagi. Setelah memancing, minat pula untuk jadi tekong.

Akhirnya, secara rasminya saya menjadi tekong sepenuh masa pada tahun 2012.

 

Servis Tekong – Tekong Pecah Tong Port Klang

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

RAHMAN: Pertama, kerana minat. Tanpa adanya minat yang mendalam terhadap dunia memancing dan laut, seseorang itu tidak akan memilih bidang ini sebagai kerjaya.

Keduanya, saya yakin bahawa kerjaya yang saya pilih ini mampu pergi jauh dan satu cabang rezeki yang halal.

 

Servis Tekong – Tekong Pecah Tong Port Klang

 

Ads

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?

RAHMAN: Kriteria yang perlu ada pada seseorang tekong ialah AMANAH, JUJUR dan IKHLAS.

Insyaallah jika kita mengamalkan 3 perkara utama ini ia akan membuka pintu rezeki. Rezeki kepada saya dan rezeki jugalah kepada para pemancing.

 

Servis Tekong – Tekong Pecah Tong Port Klang

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

RAHMAN: Bekerja dengan alam dan laut itu sendiri adalah satu rintangan atau cabaran. Laut kadangkala amat ramah… ada kalanya amat pemarah.

Tentu saja cabaran paling besar adalah berhadapan dengan rebut.

 

Maka itu saya sentiasa berharap dan berdoa agar sentiasa dipermudahkan urusan sepanjang berada di laut.

Ads

Saya juga berharap bidang memancing ini boleh pergi jauh bersama kehadiran pemancing yang baru yang kian tumbuh seperti cendawan tumbuh.

 

Servis Tekong – Tekong Pecah Tong Port Klang

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

RAHMAN: Pengalaman pahit agak banyak juga… biasanya kerana dilanda ribut pada waktu malam.

Memang menakutkan tetapi sebagai tekong, kita tidak boleh nampak cemas kerana ia akan mempengaruhi emosi para pemancing.

Pengalaman manis pula ketika kembali ke darat dengan hasil pecah tong. Saya sentiasa berdoa agar pengalaman manis ini berlaku pada setiap hari.

 

Servis Tekong – Tekong Pecah Tong Port Klang

 

Ads

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

RAHMAN: Tips untuk memperoleh hasil yang baik ialah… pemancing jangan lokek bertanya pada tekong tentang peralatan dan set yang sesuai untuk digunakan.

Kedua, ikut dan dengar nasihat tekong di lokasi lubuk ikan. Dan ketiga, kerjasama amat penting dalam satu team.

 

Servis Tekong – Tekong Pecah Tong Port Klang

 

Pakej Servis:

Nama Bot: Arts Fishing Port Klang

Saiz: 32kaki

Enjin: 150 4 stroke

Harga Sewa: RM1500

Jumlah Pemancing: 6 orang

Waktu memancing: Shif siang: 8 pagi – 6 petang / Shif malam: 7 malam – 7 pagi

Lokasi memancing: Laluan kapal Port Klang

Jeti: Teluk Nipah, Pulau Indah Klang.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI