Nama Penuh: Mezari Mohd Yakin
Nama FB: Nazri Irzan
Usia: 58 Tahun
Tekong: Mezari Dan Azizul Ikram
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong / pengusaha bot memancing?
NAZRI: Mula memancing dan menjadi tekong kira-kira 5 tahun dahulu. Namun tekong utama saya iaitu Azizul sudah berpengalaman lebih dari 10 Tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
NAZRI: Kerana ia adalah hobi yang boleh mendatangkan pulangan sekaligus menjadi satu kerjaya. Selain itu ia juga satu sumber rekreasi untuk badan dan juga minda.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong
NAZRI: Untuk menjadi tekong yang baik dan cekap perlukan banyak pengelaman. Banyak aspek yang perlu dipelajari seperti pengaruh cuaca, arus gelombang dan angin. Kena tau juga bila masa nak hujan atau ribut dan banyak lagi untuk keselamatan penumpang.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
NAZRI: Rintangan selalunya berkait dengan cuaca, arus dan angin. Arus dan angin yang tak sama. Gelombang besar akibat ribut. Kawasan memancing diganggu bot pukat tunda atau jaring hanyut. Namun semua rintang ini perlu dihadapi kerana ia sudah menjadi satu cabaran semulajadi.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
NAZRI: Pengalaman yang manis apabila dapat dapat hasil yang memuaskan hati semua pemancing. Pengalaman yang pahit biasanya apabila kami sudah berusaha, berpindah-randah mencari lubuk tetapi hasil kurang memuaskan. Tetapi pemancing biasa puas hati kerana kami dah berusha dan mereka rasa puas cuma rezeki tak memihak pada pemacing. Sesungguhnya rezeki Allah tentukan, kita hanya berusha.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
NAZRI: Sedikit tip… tidur secukupnya sebelum turun memancing agar kurang mabuk. Untok mendapat ikan, tekong akan ajar dan sentiasa megikut arahan seperti guna batu saiz apa, perambut macam mana atau jenis umpan. Kalau berhanyut/menotok, bila masa pancing nak lepaskan tali bila ada lubang kena lepaskan, bila naik tebing bawah dasar kena gulung tali sikit. Jenis pancing janganlah bawa pancing kolam pergi laut tengah. Apa apa pun saya tak boleh bagi jaminan. Saya berusha Allah tentukan rezeki kita.
Pakej:
Nama bot: Nazri Irzan / BKP 957
Tekong: Mazeri / Azizul Ikram
Saiz bot: 35 kaki panjang X 9 kaki lebar
Enjin: 150 hp
Harga: RM1400 – RM1500
Kapasiti: Permit 8 penumpang, memancing 6 atau 7 orang
Lokasi: Pelabuhan Klang laut dalam
Masa memancing: 12 jam
Jeti: Telok Nipah, Pulau Indah, Klang.