Servis Tekong – Sabry, Tekong Boron Pontian

Share

 

Nama penuh: safri bin jamal

Nama FB: Sabry Pree

Usia : 43 tahun

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

SABRY: Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti memancing di laut sejak umur 19 tahun.

Dari situlah saya meminati kerjaya sebagai seorang tekong dan akhirnya menjadi tekong sepenuh masa kira-kira 7 tahun yang lalu.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

SABRY: Saya melihat kerjaya sebagai tekong ini sesuatu yang unik dan menarik.

Tentu saja saya memilihnya kerana minat yang begitu mendalam dan percaya industri memancing negara kita berpotensi untuk berkembang lebih jauh.

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

SABRY: Seseorg yang ingin menjadi tekong perlu ada ilmu tentang laut. Sebagaimana luasnya laut, begitu jugalah ilmu laut.

Sebagai contoh, perubahan angin, cuaca serta suhu air semasa di lautan amat mempengaruhi sesi memancing.

Oleh yang demikian para tekong perlu bijak membuat keputusan apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

SABRY: Kesukaran yang dialami bagi pemncing di perairan Pontian kebanyakannya berpunca dari bot pukat tunda yang merosakkan ekosistem lautan.

Begitu juga dengan pemasangan bubu ikan yang tidak terkawal menyebabkn banyak terumbu karang dan tukun rosak. Sedangkan kawasan-kawasan ini merupakan nadi ekosistem.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis?

SABRY: Pengalaman manis bagi seorang tekong ialah apabila berjaya merialisasikan impian sahabat pemancing mendaratkan ikan impian mereka.

Pengalaman pahit pula melihat wajah-wajah sahabat pemancing yang pulang dengan tangan kosong. Kumpau itu indah bagi seorang pemancing tetapi bukan untuk seorang tekong.

 

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

SABRY: Saya percaya semua sahabat pemancing sudah cukup berilmu untuk memperoleh hasil. Namun rezeki banyak bergantung pada keadaan suhu dan kejernihan air.

Sebagai tekong, saya akan berusaha mencari kawasan ikan bermain sebaik yang mungkin.

 

 

Servis pakej:

 

Nama bot: Grouper Hunter

Saiz bot: 34’ panjang x 9.5’ lebar

Enjin: Mercury 115hp twin

Sewa: Trip jigging – RM1200 / 6 anglers. Trip bottom – RM950 / 6 anglers

Waktu: 7am – 6pm

Lokasi: Perairan Pontian / Batu Pahat

Jeti : Benut, Pontian.

 

 

Published by
Amang