Nama penuh: Suderman Bin Okasa
Nama FB: Pak Sudir
Usia: 40 tahun
UMPAN: I – Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?
PAKSUDIR: Saya mula memancing sejak kanak-kanak lagi. Untuk pengetahuan korang, saya merupakan anak laut yang membesar di laut. Rumah pun atas laut.
Saya mula menjadi tekong sekitar tahun 2004 ketika berada di Miri, Sarawak.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
PAKSUDIR: Saya memilih kerjaya ini kerana memang sebati dengan jati diri sebagai anak laut… bangsa pun Bajau Laut. Disertai dengan minat juga.
Tanpa minat walau tinggal di atas laut sekali pun belum tentu akan menjadi tekong juga.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
PAKSUDIR: Kriteria yang perlu ada pada seorang tekong antaranya, sudi berkongsi ilmu dan berpengalaman dengan port yang ingin dituju.
Selain itu tekong juga perlu mengambil berat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang trip berjalan.
Baik keselamatan diri sendiri dan lebih penting lagi keselamatan pemancing termasuklahlah harta benda.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
PAKSUDIR: Rintangan yang dihadapi terlalu banyak, terutama sekali habitat ikan yang tak dijaga.
Populasi ikan yang semakin berkurangan disebabkan banyak faktor dan banyak lagi rintangan yang lain yang perlu dihadapi.
Harapan saya agar kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam industri ini sama ada sekadar hobi ataupun bergantung hidup padanya, sama-sama menjaga habitat, populasi marin kita di Malaysia.
Seterusnya menghormati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan bersama dan kelestarian alam marin kita.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
PAKSUDIR: Kenangan manis terlalu banyak kerana setiap trip yang dilalui cukup indah. Walaupun ada kalanya hasil tidak seberapa namun ia tetap menghiburkan.
Kenangan pahit pernah dilambung ombak selama 7 hari dalam perjalanan balik dari Beting Petinggi Ali dalam gugusan terumbu Lucornia di Laut China Selatan, perairan Miri Sarawak.
Servis pakej:
Tekong: Jigging dan casting di sekitar Lahad Datu, Sabah
Harga Sewa: 4 pemancing untuk jigging sehari RM400 dan 2 pemancing sehari RM400 untuk casting
Enjin: 15hp Twin untuk Jigging dan 15 hp single enjin untuk casting
Lokasi memancing: Sekitar Lahad Datu, Sabah.