Servis Tekong – Hadi, Dari Kontraktor Jadi Tekong

Share

 

Nama penuh: Fardy bin Kamaruzaman

Nama sosmed: Fardy bin Kamaruzaman

Usia: 42

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?

FARDY: Saya mula membeli bot fiber kira-kira 10 tahun yang lalu. Ketika itu saya bekerja sebagai kontraktor dan membeli bot untuk pergi memancing saja.

Bot itu panjang 23 kaki dan lebar 6 kaki. Kemudian saya jual bot itu dan saya beli bot untuk memukat pula… panjang 25 kaki lebar 7 kaki.

Selepas itu saya jual pula bot memukat itu dan saya buat bot lain pula sepanjang 29 kaki lebar 8 kaki untuk memukat boleh memancing pun boleh.

 

 

Apabila saya dapati memancing ni lebih sukses, saya jual bot itu dan buat lain pula sepanjang 50 kaki lebar 9 kaki setengah.

Dan bot ini saya guna hingga sekarang. Dan sekarang ini saya sudah menjadi tekong kira-kira 5 tahun.

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

FARDY: Kerana saya memang suka memancing. Memancing dan menjadi tekong begitu menyeronokkan. Kerana itulah saya sanggup mengorbankan kerjaya sebagai seorang kontraktor.

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?

FARDY: Bagi saya untuk jadi seorang tekong kita perlulah ada keberanian serta kesabaran. Parking bot hendaklah tepat pada lubuk. Rajin dan kena teroka spot baru.

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

FARDY: Rintangan yang dihadapi banyak juga. Antara ialah masalah urusan permohonan lesen dan ketara ialah banyak karang serta tukun dah rosak akibat bot-bot pukat tunda tarik sesuka hati. Bila rumah-rumah ikan ni dah takde, mana nak ada ikan.

Harapan saya semoga pihak berkuasa dapat pantau bot-bot tunda ini dengan lebih cekap dan kerap agar dapat pelihara kembali karang-karang kerana itulah rumah ikan.

 

 

UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman memancing (trip) yang manis atau pahit?

FARDY: Pengalaman manis bila dapat banyak ikan dengan kena cuaca baik, air pula lenang macam tasik. Pengalaman pahit satu hari satu mlm dapat sekor ikan saja.

 

 

Pakej sewaan bot:

Nama bot: Cik Adi

Saiz: 50’ X 9’6”

Enjin: Mercury 150 hp x 3

Harga sewa: Pakej 2H1M – RM1,850 dan 3H2M – RM4,000

(umpan, air mineral dan ais disediakan)

Jumlah pemancing: 8 pemancing

Waktu memancing: Keluar jam 3.00 petang dan kembali jam 3.00 pada hari terakhir trip

Lokasi memancing: Kapal karam, karang, lubang, unjam

Jeti: Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang

 

baca juga Produk & Servis : Biyek – Tekong Sohor Tasik Temenggor

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang