Nama: Shamsuddin Abdullah
FB akaun: Chedin Angler
Usia: 45 tahun
Profil: Tekong Sungai Kongkong
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?
CHEDIN: Bergiat dengan dunia memancing pada usia 6 tahun… zaman kanak-kanak lagi.
Mulanya sekadar suka-suka sahaja dan kemudian atas galakan keluarga dan sahabat-sahabat sehobi memberikan dorongan untuk meneruskan hobi memancing ikan ini sebagai sumber rezeki untuk kawan-kawan dan keluarga.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
CHEDIN: Kerjaya memancing dan menjadi tekong ini merupakan sumber rezeki untuk keluarga.
Disamping itu ia menjadi platform kepada saya untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman serta pengetahuan buat kaki pancing bagi mendalami dunia hanyir.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
CHEDIN: Pada pandangan saya kriteria yang perlu ada pada tekong… pengalaman dan mengenali setiap spesies ikan, teknik pancingan dan lubuk.
Sentiasa berusaha untuk mendapatkan hasil serta mengajar pada pemancing-pemancing teknik yang sesuai dan etika seorang pemancing.
Dalam pada masa yang turut belajar ilmu-ilmu memancing dari pemancing itu sendiri.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
CHEDIN: Rintangan dalam tugas seorang tekong adalah perlu banyak bersabar dengan pelbagai karenah pemancing.
Harapan saya adalah untuk sentiasa berusaha memajukan diri dan juga tidak lokek untuk berkongsi rezeki dunia hanyir dan pengetahuan pada semua pemancing.
Serta dapat merapatkan lagi persahabatan (ukhwah).
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
CHEDIN: Pengalaman manis trip memancing yang saya tidak dapat dilupakan ialah saya pernah mendaratkan 70 ekor siakap muara dalam masa sehari (7 jam).
Dan kenangan pahit pula pernah disengat ikan sembilang karang. Nasihat saya, jangan main-main dengan sembilang karang ni. Bisa sengatnya sakit gila!
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
CHEDIN: Tip saya… sentiasa menerima arahan atau saranan tekong. Tidak kiralah teknik casting, bottom atau drifting, tekong sentiasa ingin melihat pemancing dapat strike. Selain itu sentiasa yakin dan berusaha tanpa cepat mengalah.
Pakej servis memancing:
Teknik: Casting / bottom / drifting
Bot: Stering Enjin 40hp
Kos sewa: RM450
Kapasiti: 3 pemancing
Waktu: 7am – 6pm / 8pm – 7am
Lokasi pancing: Sg kongkong, Pengelih, Blungkur, Namheng, Tangjung Blungkur, Sg Papan, Sg Santi, Teluk Sengat. Kawasan bakau, karang, tukun, jambatan, rakit-rakit, kapal karam dan bebatuan dan lain-lain.
Jeti: Jeti Pak Mat Kongkong
baca juga Produk & Servis: Tekong Otai Air Ganda
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan