Ads
Home Hobi & Minat Serbuk Roti Umpan Patin Kolam!!

Serbuk Roti Umpan Patin Kolam!!

Ads

Serbuk roti jarang digunakan sebagai bahan untuk dijadikan umpan disebabkan harganya yang sedikit mahal berbanding dedak biasa.

Namun keupayaan serbuk roti untuk menyerap bahan perisa sebenarnya memberikan kelebihan kepada serbuk roti ini untuk dijadikan umpan memancing khususnya di kolam.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

  • Serbuk roti 1 kg.
  • Perisa kelapa Original.
  • Perisa soya Original.
  • Perisa honeydew Original.
  • Serbuk perisa strawberi Original.
  • Kelapa parut.
  • Keropok jagung.

 

Cara penyediaan Umpan:

 

Ads

➡ Sediakan satu bekas bancuhan. Kemudian masukkan sekilogram serbuk roti. Curahkan 10 penutup botol perisa kelapa original dan gaulkan hingga sekata.

 

➡ Masukkan pula 10 penutup botol perisa soya Original dan gaul hingga sekata. Kemudian masukkan 5 penutup botol perisa honeydew dan gaul hingga kesemua bahagian serbuk roti mengenai perisa.

 

➡ Masukkan kira-kira setengah botol serbuk perisa strawberi ke atas serbuk roti. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kira-kira dua genggam kelapa parut dan gaul sehingga sekata.

Ads

➡ Sekiranya adunan serbuk roti terlalu berderai, boleh renjiskan air demi sedikit dan pastikan ia sesuai untuk dikepal iaitu tidak terlalu peroi dan tidak pula terlalu liat.

 

Cara menggunakan umpan:

 

Ads

Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail ➡ dengan beberapa keropok jagung.

 

➡ Buatkan kepalan kecil dengan serbuk roti pada mata kail tersebut dan kepal dengan kuat. Buatkan satu lagi kepala kecil pada mata kail kedua.

 

➡ Kemudian gabungkan kedua-dua kepala kecil dengan serbuk roti dan kepal dalam anggaran saiz sebesar penumbuk.

➡ Boleh juga kepalkan secara langsung kedua-dua mata kail yang telah dicucuk keropok jagung dalam kepalan besar tanpa perlu membuat kepalan kecil terlebih dahulu.

➡ Apa yang penting adalah kepala tersebut tidak terlalu peroi sehingga sukar untuk membuat lontaran dan tidak terlalu liat sehingga kepala tidak pecah berderai di dalam air.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI