Ikan tengalan menjadi kesukaan ramai disebabkan rasa isinya yang enak. Korang boleh cuba masakan gulai lemak cili api ikan tengalan.
Malah ikan sungai lebih sedap dimasak gulai lemak kerana rasanya manis dan berlemak.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tengalan bersaiz kasar
10 biji cili api (merah dan hijau – dikisar)
½ inci kunyit hidup (kisar)
1 helai daun kunyit (Disiat-siat)
3 helai daun kesum
2 keping asam keping
2 batang serai | dititik
Asam jawa
250 ml santan
250 ml air
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
⇒ Masukkan ikan tenggalan yang sudah dibasuh ke dalam periuk berisi air bersama bahan kisar. Kacau sebati.
⇒ Kemudian masukkan serai, daun kunyit dan daun kesum. Tunggu hingga mendidih barulah dimasukkan santan.
⇒ Setelah itu masukkan asam keping dan garam. Kacau rata dan sedia untuk disajikan.