“Untung la boleh mancing… aku kena gantung joran 9 bulan!”

“Kena gantung? Apasal?”

“Bini aku mengandung la dol!”

 

Dialog seumpama ini tentunya korang pernah terdengar di mana-mana. Ia jelas membuktikan bahawa petua dan pantang larang memancing seperti ini masih diamalkan.

Malah, bangsa lain turut sama mengguna pakai pantang larang ini selain dari orang Melayu.

 

Persoalannya, kenapa kalau isteri mengandung… suami tak perlu berpantang memancing? Secara peribadi saya sama sekali tidak bersetuju dengan pantang larang ini.

Tetapi kalau si suami berhenti memancing buat seketika atas tujuan lain, itu cerita lainlah. Apa pun, mari kita lihat apa kata Umpanian tentang pantang larang ini.

 

“Selalu orang kaitkan anak yang dilahirkan akan dapat sakit sumbing kalau suami kerap keluar memacing. Sumbing jadi sebab ibu hamil kurang asid folic.

Kurang asid folic sebab ibu hamil tak makan ubat yang diberi. Tak makan ubat sebab isteri stress dan merajuk suami tak hiraukan dia dan sibuk kluar pi mancing.

Kesimpulanya ketika isteri hamil boleh pi mancing dengan syarat gembirakan hati isteri dan dapatkan redha isteri sebelum kluar memancing.

Lagi satu teori yang saya pernah dengar dari Mufti Menk, tangkapan yang diperolehi mesti dibawa balik utk dimakan dan jangan dilepaskan balik (memancing sebagai keperluan bukan hiburan). Lepas rasa tangkapan tu dah mencukupi so seeloknya berhenti la mancing n balik.

– Amirul Rasyid Abd Aziz

“Pancing tak salah… cuma menganiaya binatang tu kan salah. Jadi masa isteri hamil baiklah si suami jaga tingkah laku dan tak aniaya binatang sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dikurniakan rezeki. “

– Afiq Zahidi

 

“Suami saya memancing sampai la kami dah ada anak 4 sebab ianya adalah sumber rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah… yang penting niat.”

– Haiza Sweethoney

 

“Tak boleh diikutkan sangat kepercayaan ini sebab ada kaitan dengan akidah. Makhluk hanya tawakal dan usaha, Allah jua berkuasa dan penentu segala.”

– Ahmad Ridzuan Ch

 

“Mitos yang sengaja direka untuk menakutkan suami yang malas nak jaga isteri ketika hamil. Biasa la isteri hamil suami mula cari alasan nak keluar suka-suka kat luar. Jadi nenek kebayan yang banyak pengalaman pun cipta la mitos ni.”

– Tajol Rahman

 

“Hahaha… dah tak relevan zaman ni. Zaman dulu mungkin la sebab kekurangan talian hayat. Ada yang cakap, nanti seksa ikan tu. Habis, lepas bini bersalin boleh pulak seksa ikan, gitu?”

– Honey Beez

 

“Kalau ada bini yang tak suka laki pi mancing dan percaya kepercayaan tu, mesti tiap-tiap tahun nak mengandung je supaya laki tak leh pi mancing.”

– Najmie Ichigo

 

“Pantang larang tu untuk control perangai gila memancing lebih-lebih lagi isteri tengah mengandung perlukan lebih perhatian. Kalau kena jenis orang yang kaki pancing seminggu dua tak balik? Tak kesian isteri kat rumah?”

– Zair Mitc

“Kalau pergi mancing bila isteri mengandung, anak akan jadi sumbing la, itu ini lah. Bagi saya, isu dia kalau mancing yang niat suka-suka main strike dengan ikan.
Maaflah kalau salah, kalau niat mancing tapi nak lepas balik dan bukan nak makan atau nak jual tu kira dah aniaya ikan. Jadi, situ mungkin logiknya.”

– Hamka Syidi

 

“Saya cuti mancin ketika isteri hamil. Bukan kerana pantang larang tapi kerana ingin sentiasa dekat dengan isteri agar senang dihubungi jika ada apa-apa masalah… maklumlah sedang hamil. Kalau gian sangat pun mancing kat kolam berdekatan.”

– Chef Endrawan

 

“Dulu masa wife mengandung bukan setakat saya yang mancing. Wife sama ketagih mancing. Sekarang baru tau bukan wife yang minat mancing tu tapi yang dalam perut tu. Kesudahannya dah jadi kaki pancing sejak kecik. Dah ada geng. Hahaha.”

– Eddie Mustaffa


.