Ia balik pada hukum asal berburu; hukumnya harus sebab memancing pun sejenis perburuan, hukum harus ada dalam nas.
Begitu pun pun tangkap dan lepas atau catch & release adalah kehendak dari penguasa kolam atas tujuan menjaga populasi ikan dari kepupusan atau sebagainya.
Berburu boleh saja dijadikan sebagai hobi atau kerjaya. Dalam Al-Quran tidak dijelaskan secara terperinci tentang hukum berburu maka perlu dirujuk balik pada hukum asalnya iaitu harus.
Hukum asal berburu ialah tangkap dan makan (catch & eat). Sementara catch & release ini adalah hukum yang dipinda oleh manusia atau pihak berkuasa demi menjaga populasi atau sebagainya.
Di negara barat seperti Amerika Syarikat contohnya, polisi catch & release ini dipantau ketat.
Apa yang tidak boleh boleh ialah tangkap dan bunuh (catch & kill) tetapi tidak mengambil manfaat atau memakannya.
Dalam soal ini, nabi kita amat melarang membunuh haiwan tanpa sebarang sebab.
Contoh catch & kill yang dekat dengan dunia memancing ialah pemburuan ikan jerung atau yu di mana ikan jerung dibunuh hanya semata-mata untuk mendapatkan siripnya sahaja.
Memang benar ada yang berkata hukum tangkap dan lepas ini haram kerana menyeksa ikan dengan mata kail, namun tiada nas untuk menyokong pendapat ini.
Maka kita hanya boleh menganggap ia hanyalah makruh. Hukum halal atau haram ini datangnya dari Allah. Kita sebagai manusia tidak boleh menjatuhkan hukum atas pendirian sendiri.
Kesimpulannya, menyeksa binatang kerana sport fishing ini mungkin hukumnya makruh kerana membuang masa dan menyeksa binatang.
Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih sendiri konsep pancingan yang anda suka.