Ancaman ikan pendatang

 

Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesies pendatang yang telah memasuki perairan kita.

Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur.

 

Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negatif dari kehadiran spesies-spesies ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing dan juga hasil kajian di negara lain, spesies pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesies asli kita.

 

Ada spesies pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesies ikan Malaysia dan juga merosakkan habitat air.

Kesannya, ada ikan tempatan yang terbantut saiznya dan semakin berkurangan.

 

Ads

Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga.

Jika anda terpancing spesies pendatang di perairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air.

Makanlah atau sedekahkan kepada sesiapa saja yang memerlukannya sebagai makanan.

 

Sentap – Ancaman Ikan Pendatang Yang Patut Pemancing Tahu!!

 

Amat menyedihkan hari ini apabila melihat ada segelintir pemancing yang pemancing yang begitu megah mengamalkan konsep tangkap & lepas spesies pendatang tetapi pada masa yang sama mempraktikkan tangkap & tapau spesies tempatan.

Ads

 

Antara spesies ikan pendatang

 

Sentap – Ancaman Ikan Pendatang Yang Patut Pemancing Tahu!!

 

➡ Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, semua jenis tilapia.

Ads

➡ Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla

➡ Ikan Keli: Keli Afrika, keli Rusia, baung ekor merah

➡ Lain-lain spesies: Pacu, lampam jawa, ikan bandaraya, ikan buaya, patin Chaophraya

 

Sentap – Ancaman Ikan Pendatang Yang Patut Pemancing Tahu!!

baca juga Sentap – Baju Buntat… On Ke Tak On?

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI