Di antara kemahiran selain dari berenang mengawal batang pancing, pandai mendayung, menjala dan menjaga kesegaran umpan, pemancing juga peru bijak membaca pasang surut air.
Jenis dan arah angin, mentafsir awan di langit bila ribut dan hujan akan melanda. Belajar membaca pergerakan arus di kawasan terbuka, selat, sunai, teluk, beting, tanjung, kuala sungai dan tepi pantai.
Perlu juga menilai kawasan berlabuh yang paling selamat dari laluan bot melintas kerana sudah beberapa kes kemalangan maut berlaku di sini melibat pemancing.
Pasang lampu di kala malam sama ada lampu pelita, kalimantang, lampu kelip-kelip atau lampu suluh agar boleh dilihat orang lain.
Antara lubuk yang popular ialah Tanjung Sarang Lang, Beting Tanjung Bakau, Tubir Tanjung Bakau, Pancang 25, Lubuk Pokok Tumbang setentang dengan West Port, Kapal Kudat, Lubuk Sungai Kapak,
Tanjung Rhu, Pancang 28, Pancang dan Lubang 30, Rumah Api Tumbang 30, Rumah Sakai, Kuala Sungai Tiram, Perigi Nenas (kini West Port), Labuhan Kurap atau Kuala Sungai Tengorak, Boya Tier, Tongkang Tenggelam,
Beting Boya Hijau, Beting Labuh Lemak, Kuala Sungai Nyireh, Kuala Sungai Tiram, Ambai, Tukun Sungai Che Minah, Antai, Lubuk Hidro, Simpang Lima Pulau Ketam, Tepian Sangkar Ikan, Selat Mahang, Selat Kering, Kuala Pintu Gedung, Selat Pintu Gedung dan banyak lagi nama lubuk yang diguna pakai oleh pemancing.
Lubuk dan tumpuan pemancing yang disenaraikan tidak semua boleh dipancing dalam satu-satu masa, contohnya ada yang sesuai ketka air besar (arus laju) dan ada ketika air mati. Ada lubuk ikan galak ketika air pasang, ada masa ikan galak ketika air surut.
Memang saya merancang untuk membuat liputan dan paparan terperinci setiap lubuk tumpuan dari segi taktikal.
Ini termasuk lakaran kontur atau pemetaan dasar melalui eco-sounder, point berlabuh melalui GPS, masa sesuai pergerakan air, umpan serta lokasi untuk mendapatkan umpan yang terdekat.
Ini perlu dilaksanakan dengan trip berulang kali, catatan, rekod dand ata yang kemudiannya dikumpulkan untuk analisa.