Senarai Padang Pancing Terbaik Dunia

Share

 

Memancing memang merupakan aktiviti yang mengujakan. Tetapi harus diakui, sesetengah spot atau lokasi pancing mempunyai tarikan dan menjadi idaman kaki pancing untuk ke sana sekurang-kurangnya sekali merasai pengalaman memancing di spot sebegini. Kami bawakan kepada anda 8 spot pancing terbaik yang harus dikunjungi.

 

PATAGONIA

Patagonia cukup terkenal dengan pancingan trout menggunakan teknik pancingan layang. Gabungan banyak aliran sungai yang jernih yang mengalir melalui kawasan pergunungan Patagonia menjadikan lokasi ini sebagai lokasi terbaik untuk lari daripada kesibukan.

 

 

CHRISTMAS ISLAND

Christmas Island terletak di Australia dan merupakan antara lokasi pancingan terbaik di dunia dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang tahun. Spesies yang paling popular di sini pastinya spesies  bonefish lebih-lebih lagi dengan teknik layang. Jika anda mahu lebih kepuasan, anda boleh cuba memancing spesies tuna.

 

 

THE BAHAMAS

Anda mahu memancing spesies bonefish, tarpon atau permit dengan kadar ‘sukses’ yang tinggi? Mungkin anda perlu cuba ke Bahamas, salah satu lokasi pancing terbaik. Bahamas juga sesuai sebagai lokasi percutian dengan keluarga.

 

 

THE LOUISIANA SALT FLATS

Terdapat banyak tempat pancingan spesies red drum di sepanjang pesisir teluk, namun Louisiana Salt Flats merupakan lokasi terbaik kerana lokasi ini merupakan lubuk red drum yang lebih besar berbanding tempat lain.

 

 

BELIZE

Sama ada on-shore, off-shore atau pesisir pantai, Belize menawarkan hampir kesemua yang dimahukan oleh kaki pancing dan aktiviti memancing juga boleh dilakukan hampir sepanjang tahun. Memang terbaik!

 

 

CAPE POINT ON THE OUTER BANKS 

Cape Point di Kepulauan Hatteras merupakan salah satu spot pancingan terbaik. Bahagian Outer Banks pula merupakan salah satu spot untuk pancingan surfcasting terbaik di dunia. Bagi kaki surfcasting, spot ini antara spot idaman yang mesti dikunjungi.

 

 

LAKE SUPERIOR

Bagi peminat pancingan tasik pula, Lake Superior yang merupakan tasik terbesar di dunia merupakan lokasi yang harus dilawati. Dengan 88 spesies ikan di dalamnya, spot ini pastinya menjadi impian ramai kaki pancing.

 

 

KENYA

Perairan Watamu dan Malindi di Kenya merupakan spot pilihan bagi ikan billfish. Ini menjadikan Kenya merupakan salah satu spot pancingan billfish terbaik di dunia dan pelbagai pertandinganbillfish dilangsungkan di sini setiap tahun.

 

Published by
Amang