Suatu ketika dulu setiap kaki casting memiliki sekurang-kurangnya seketul jump frog di dalam kotak gewang. Lama kelamaan soft frog mengambil alih populariti jump frog. Maka tidak ramai pengusaha pembuatan sendiri jump frog.

Namun belum terlambat untuk korang buat sendiri. Harus diingat ikan bukannya memilih gewang mana yang lebih popular untuk membahamnya.

 

Bahan keperluan:

Kayu nangka atau apa saja kayu yang mampu mengapung dengan baik.

Dawai

Mata kail dua mata

Epoxy tahan lasak untuk metal

Solder dan timah

Kertas pasir

Janggut getah

Cat spray

 

Cara Menghasilkannya:

 

Langkah 1

Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.

Langkah2

Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.

 

 

Langkah3

Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.

Langkah 4

IKLAN

Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.

 

 

Langkah 5

Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.

Langkah 6

Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.

 

 

Langkah 7

Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.

Langkah 8

Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.

 

 

Langkah 9

Gewang sudah digosok dengan licin.

Langkah 10

Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.

 

 

Langkah 11

Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.

Langkah 12

Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.

 

 

Langkah 13

Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, langkah seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.

Langkah 14

Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.

 

 

Langkah 15

Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.

Langkah 16

Langkah seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.

 

 

Langkah 17

Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.

Langkah 18

Gewang yang telah siap diwarnakan.

 

 

Langkah 19

Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.

Langkah 20

Langkah seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.