Sembang-Sembang Perihal Perikanan Rekreasi!!

Share

 

Dalam tempoh PKP berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, secara tiba-tiba istilah perikanan rekreasi menjadi popular. Semua kerana tidak semua pemancing faham apa yang dimaksudkan dengan perikanan rekreasi.

 

Menangkap ikan menggunakan tali dan mata kail (sama ada menggunakan joran atau hand-held line) yang bukan untuk tujuan komersil.

Tangkapan mungkin dilepaskan semula atau disimpan untuk kegunaan serta merta sendiri atau lingkungan sosial tetapi tidak dijual atau ditukar kepada barangan lain.

 

Didorong oleh faktor-faktor seperti cabaran, pencapaian, sukan, riadah, hiburan, aktiviti sosial melibatkan air, dan sebagainya.

Melibatkan pemancing, kedai perkakasan, pengilang perkakasan, pembekal umpan, pemilik bot sewa, pembuat bot, pembekal tali, operator marin, media pancing, agen pelancongan

dan perbagai bentuk perniagaan dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pancing rekreasi.

 

Apakah perbezaan antara pancing rekreasi (recretional angling) dengan sukan memancing (sport fishing)?

 

Sukan memancing adalah satu bentuk pancing rekreasi yang lebih mengutamakan cabaran untuk mendapat dan menangkap ikan berbanding keenakkan isi dan harga ikan di pasaran – mensasarkan game fish.

 

Secara mutlak menggunakan joran dan kekili – untuk cabaran maksimum. Lebih bersifat kesukanan, berorentasikan pertandingan dan melibatkan aspek teknikal yang kompleks.

 

 

Beberapa takrifan perikanan rekreasi ditentukan berdasarkan kaedah dan perkakasan yang digunakan, sebahagian yang lain pula menumpukan kepada aspek tujuan. Apapun, perikanan rekreasi adalah tentang:

 

Menangkap ikan untuk bergembira

 

Menangkap ikan dengan tujuan berhibur, bersantai dan berseronok, melebihi keperluan untuk dijadikan makanan atau produk-produk lain.

 

Menangkap ikan untuk kepuasan hati dan bebas dari unsur ‘terpaksa’.

 

Kewujudan, nilai dan kemampuan Industri Perikanan Komersil bergantung kepada ikan dan nilainya di pasaran sebaliknya Industri Perikanan Rekreasi bergantung kepada pemancing dan perbelanjaan mereka.

 

Industri Perikanan Rekreasi di Eropah

Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi diseluruh Eropah memcecah 25 billion setahun (2005).

 

8-10 billion disumbangkan oleh pemancing laut (8-10 juta orang).

 

Secara perbandingan nilai dagangan perikanan komersil di 25 negara anggota EU adalah sekitar 26 billion (hanya 1 billion mengatasi perikanan rekreasi).

 

16% dari rakyat US (>34 juta orang) adalah pemancing.

 

28.4 juta adalah pemancing air tawar dan 9.1 juta adalah pemancing laut.

 

Puratanya setiap pemancing memperuntukkan 16 hari dan membelanjakan $1,046 setahun untuk memancing.

 

Umumnya, 2/3 perbelanjaan adalah untuk trip memancing dan selebihnya untuk perkakasan.

 

Pancing rekreasi menyediakan lebih 1 juta peluang pekerjaan sepenuh masa dan menyumbang sebanyak $116 billion kepada ekonomi US pada tahun 2004. (American Sportfishing Association, 2005)

 

Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi seluruh dunia dianggarkan $2.5 trillion (ASA, 2005)

 

 

Potensi Industri Perikanan Rekreasi di Malaysia

 

Dianggarkan terdapat 2 juta pemancing rekreasi di Malaysia (PeMM, 2005) dan meningkat sekitar 2.2 juta pada 2010. Jika seorang berbelanja sekitar RM1,000 setahun, pendapatan yang mampu diraih adalah RM2.2 billion.

 

23% dari hasil keseluruhan perikanan komersil (RM9.5b), hampir menyamai sumbangan akuakultur (RM2.8b) dan mengatasi perikanan laut dalam (RM1.3b).

 

Berdasarkan anggaran pulangan, perikanan rekreasi adalah merupakan satu industri altenatif bagi mengembalikan potensi / nilai sumber-sumber perikanan yang telah mencecah MSY (Maximum Sustainable Yeild).

 

Namun AWAS! Pemancing rekreasi yang tidak terdidik mampu menjadi liabiliti kepada sumber perikanan sedia ada, apatah lagi bilangan mereka (2.2 juta) melebihi jumlah nelayan (129,622).

 

Published by
Amang