Sejarah merekodkan rekaan mata kail diperbuat daripada berbagai jenis material. Ini termasuklah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga, besi hinggalah kepada material yang digunakan sekarang.
Ketika lewat 50-an, masyarakat Norway masih menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan burbot. Mata kail daripada keluli mula membuat kemunculan di Eropah sekitar kurun ke-17 dan pembuatannya memerlukan kepakaran.
Mata kail biasanya direka sama ada jenis bermata tunggal (mempunyai satu cangkok), berkembar (mempunyai dua cangkok) atau mata tiga (mempunyai tiga cangkuk).
Ads
Jenis berkembar biasanya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta merupakan mata kail tradisional fly fishing bagi Atlantic Salmon flies. Kini ia banyak digunakan bagi umpan tiruan seperti jump frog atau soft frog.
Jenis mata tiga pula digunakan bagi kebanyakan umpan tiruan serta umpan lain yang sesuai.
Ads
Mata kail untuk umpan pasif merupakan jenis mata kail yang biasa kita lihat. Jika anda perhatikan lebih teliti, rekaan mata kail ini masih mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.
Antara nama mata kail jenis ini termasuk Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan lain-lain. Masing-masing direka khas dan mempunyai kelebihan masing-masing untuk diaplikasikan pada situasi tertentu.
Ads
Mata kail bagi fly fishing biasanya lebih kecil. Mata kail jenis ini dinamakan flies dan mempunyai pelbagai bentuk rekaan dan berwarna warni pada mata kail. Rekaan flies biasanya menggunakan serangga sebagai pengaruh rekabentuk dan idea.
Antara nama mata kail jenis ini termasuk Viking, Keel, Kendal, Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, Model Perfect dan lain-lain
Istilah duri pandan atau barb merujuk kepada cangkuk atau duri halus di bahagian bawah mata cangkuk. Kebanyakan rekaan mata kail mempunyai duri pandan. Duri pandan bertujuan agar ikan tidak mudah terlepas setelah tercangkuk. Namun penggunaan duri pandan juga boleh memudaratkan ikan dalam sesetengah situasi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
MYH : Bermula pada tahun 2008, saya mula serius memancing terutama dalam pertandingan-pertandingan kolam air tawar.
Namun kebanyakan joran yang terjual di kedai pancing tidak dapat memenuhi citarasa saya.
Oleh yang demikian saya pelan-pelan mencari maklumat tentang joran. Blank yang berkualiti. Ciri-ciri blank. Material yang digunakan begitu juga dengan guide.
Belajar perlahan-lahan dari seorang pembuat joran kecil-kecilan tentang teknik memasang guide. Reel seat handle dan aksesori.
Saya bertugas sebagai perfusionist (pembedahan jantung dan paru-paru) pada waktu siang. Pada waktu malam memenuhi masa lapang dengan hobi membuat joran custom.
Bukan untuk berniaga pun. Hanya sekadar membantu sahabat sama hobi dengan kadar bayaran yang sangat rendah. Tanpa memikirkan keuntungan.
Hanya sekadar upah kerja yang berpatutan. Bayangkan upah custom sebatang joran bagi spek yang biasa untuk blank buatan Malaysia hanya RM250. Dan maksimum sehingga RM300 untuk blank buatan Jepun dan USA.
Awal 2016 saya kian serius tetapi hanya sekadar hobi memenuhi masa lapang. Saya mula membeli mesin untuk wrapping dan dryer khas untuk joran custom.
Berita mengenai rod custom buatan sendiri cepat merebak dan sahabat terdekat mula menghantar joran untuk baik pulih.
Dan ada juga yang membuat joran custom harga bajet di bawah RM700 untuk kategori spinning kegunaan kolam air tawar.
Setelah beberapa bulan permintaan membuat joran custom bertambah dan saya mula mencari stok barang-barang custom seperti blank, cincin, butt cap, benang dan lain-lain.
Setelah itu mula menghantar hasil-hasil buatan dan gambar di Facebook maka dengan lebih cepat lagi dikenali di seluruh Semenanjung.
Selepas itu mulalah serius dalam hobi membuat rod custom sehingga ke tahap mengimport secara terus blank dan cincin dari Jepun dan USA.
Biasanya selepas jam 10.00 malam barulah saya membuat joran sehingga jam 4.00 pagi setiap hari.
UMPAN : Kenapa anda memilih usaha ini?
MYH: Saya memilih melakukan custom rod ini hanya untuk sekadar hobi yang bermanfaat untuk memenuhi masa lapang.
Malah sedikit menampung perbelanjaan harian walaupun tidak banyak. Namun lebih baik ada daripada masa lapang terbuang tanpa apa-apa aktiviti.
Hobi diisi dengan aktiviti berfaedah malah ada sedikit kemasukan kewangan walaupun hanya di rumah. Selain itu juga kerana minat. Joran-joran yang dihasilkan setakat ini spinning, Jigging dan casting.
Namun saya menolak untuk membuat bottom rod kerana barang-barang sangat mahal bagi mengeluarkan modal untuk stok simpanan.
UMPAN : Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
MYH: Pada waktu sekarang harga barang terutama yang diimport sangat tinggi. Tambah pula dengan caj perkapalan yang tinggi dari luar negara terutama USA dan cukai import yang tinggi.
Saya juga terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan dari kenalan satu hobi. Disamping itu juga perlu menjaga kualiti hasil custom itu sendiri. Kos membuat
sebatang joran buatan dari USA sangat mahal sehingga mencecah RM1500 makanya pemilik joran mahukan hasil yang terbaik.
Harapan saya semoga pengguna lebih memahami kos modal untuk satu-satu joran itu tanpa ada tanggapan pembuat joran hanya mengambil keuntungan yang lebih.
Malah saya berharap lebih ramai pembuat joran muncul agar persaingan secara sihat untuk meningkatkan kualiti dan memajukan dunia custom dan malah dunia memancing.
UMPAN : Boleh tak jelaskan apa keistimewaan joran yang anda custom?
MYH : Kelebihan tiap-tiap custom rod adalah berbeza antara satu sama lain. Kerana seseorang yang mahu membuat custom maka dia mahukan yang istimewa.
Berbeza dengan yang lain. Yang memenuhi ciri-ciri kehendak seseorang. Dari segi action (lb) gabungan cincin yang dikehendaki dan aksesori tiap-tiap joran yang dihasilkan boleh dipilih dengan selera masing-masing.
Dan yang paling penting, setiap batang joran yang dihasilkan itu adalah sangat istimewa kerana hanya sebatang joran itu di dalam dunia.
UMPAN : Boleh ceritakan sedikit pengalaman anda memancing?
MYH : Saya gemar memancing dan menyertai pertandingan kolam air tawar dengan serius. Saya pernah pernah juara pada 28.11.2010 dengan membawa pulang hadiah RM28 ribu bersama hadiah iringan sebuah motosikal.
Tempat kedua pada 2014 di Seri Bayu Tekala dengan membawa pulang RM 14 ribu. Dan juga juara di kolam Peragap pada 2018 dengan membawa pulang RM20 ribu.
Kewujudan peraturan memancing secara lazimnya ialah bagi mengekalkan jumlah populasi ikan. Biasanya, pakar biologi perikanan akan melakukan kajian bagi mengetahui populasi dan kesihatan ikan bagi sesuatu kawasan.
Bagi sesetengah negara, terdapat musim tertentu bagi aktiviti memancing. Ini bertujuan agar tidak mengganggu ketika musim ikan mengawan bagi mengekalkan kemandirian spesiesnya. Had saiz tangkapan juga membolehkan ikan yang belum melepaskan telurnya agar tidak dipancing sesuka hati.
Had tangkapan dalam sehari pula bagi mengelakkan pemancing memancing secara berlebihan. Ini membolehkan kita berkongsi agar semua pemancing dapat merasai peluang untuk menaikkan ikan. Walaupun dilihat sukar, namun ia memberikan banyak manfaat jika setiap pemancing mematuhi peraturan yang diperkenalkan di sesuatu tempat.
Bagi mengetahui jumlah tangkapan ikan, mereka memerlukan informasi daripada para memancing. Terdapat juga kaedah lain seperti membuat sampling menggunakan jala atau pukat. Ada juga yang melakukan teknik tagging bagi mengetahui sifat dan populasi ikan.
Setelah itu, berbekalkan informasi yang ada mereka akan cuba menentukan kaedah terbaik bagi pemancing dan juga sumber perikanan itu.
Kewangan Sumber Perikanan
Bagi negara luar, tajaan kewangan bagi kajian perikanan dan sumber perikanan datangnya daripada pemancing itu sendiri. Sesetengahnya datang daripada hasil pengeluaran lesen memancing dan ada juga datangnya daripada program tajaan kerajaan bagi pengurusan sukan memancing. Sebarang cukai daripada pembelian alatan memancing atau bot juga akan disalurkan untuk tujuan perikanan.
Antara kegunaan dalam tujuan perikanan termasuklah pengurusan perikanan, kajian perikanan, program kesedaran alam sekitar, program pemuliharaan, program keselamatan perikanan dan juga program memancing.
Saya nak minta pencerahan berkenaan single hook pada gewang top water / minnow dan depth. Untuk jenis snakehead (toman) adakah pengunaan single hook sesuai untuk kita guna pada gewang untuk memburu toman?
JAWAPAN:
Pada asasnya, kegunaan mata tunggal bagi menggantikan treble hook atau mata tiga pada gewang (termasuklah gewang permukaan, minnow, depth dan sebagainya) bagi mengatasi masalah sangkut. Ini kerana kebanyakan perairan air tawar di negara kita banyak memiliki struktur atau objek sama ada di permukaan atau di bawah air. Dengan menggunakan single hook maka ia dapat mengurangkan risiko sangkut berbanding mata tiga.
Bagi peratusan hook up pula tentu saja single hook lebih rendah berbanding mata tiga kerana ia hanya mempunyai satu mata cangkuk. Tetapi, dari segi faktor kejayaan pula, ikan yang tercangkuk pada mata tunggal amat tinggi peratusan untuk didaratkan berbanding mata tiga kerana lazimnya mata tunggal tahap cangkukannya lebih solid. Berdasarkan pada kenyataan ini anda bolehlah menilai sendiri mata kail jenis apa yang sesuai untuk digunakan pada gewang.
Saya secara peribadi menggunakan kedua-dua jenis mata kail ini untuk memancing toman. Untuk gewang crank atau selaman dalam, saya lebih gemar memilih mata tunggal. Sementara gewang permukaan dan selaman cetek pula saya gunakan mata tiga.
Selain menyambar gewang (dengan mulut), toman turut bertindak memukul gewang dengan bahagian kepalanya (tindakan menjaga kewilayahan), dengan menggunakan mata tiga maka peluang untuk ia tercangkuk pada anggota badan toman juga tinggi berbanding mata tunggal.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...