Sambungan Istilah Kaki Pancing

Share

 

Pacak adalah istilah yang digunakan oleh mat rempit bagi menggambarkan motosikal kapcai yang diwelley tegak dengan niat tunjuk lagak nak mampus kat jalan raya. Istilah pacak jugak digunakan oleh budak-budak sekolah/ remaja pada rambut yang ditegakkan dengan minyak rambut. Pemancing jugak menggunakan istilah pacak. Kami akan mendedahkan beberapa lagi istilah kaki pancing dalam keluaran kali ini.

 

FRENZY

Banyaknya ikan pelbagai jenis pada sesuatu lubuk, sungai, tasik, muara atau kat laut. Baling je umpan, gerenti kena sambar!

 

BOILING

Permukaan air kelihatan seperti menggelegak kerana banyaknya pergerakan ikan dalam bulatan di sesuatu kawasan.

 

PACAK

Menggambarkan seseorang pemancing terpacak berdiri dengan keadaan jorannya meliuk atas kepala masa bertarung dengan ikan.

 

NGANYIR

Pemancing yang hanyir atau mudah mendapat ikan bila memancing.

 

 

RENTUNG

Berpanasan seharian memancing khususnya casting tapi tak dapat ikan bersamaan dengan kumpau.

 

BORENG

Pelantar minyak. Pancingan sekitar kawasan pelantar minyak

 

RANGGAS

Spot memancing yang banyak halangan seperti dahan kayu atau tiang atau pokok tumbang

 

NELAYAN KOLAM

Pemancing yang mencari makan dengan menjual hasil pancingan di kolam

 

 

PARIH

Istilah biasa digunakan pemancing di Terengganu membawa makna tali pancing bersilang dengan pemancing lain

 

TOMAN JALUR

Istilah untuk toman juvana yang belum pecah tompoknya dan sebaiknya dilepaskan kembali.

 

 

Published by
Amang