Tidak ramai pemancing yang menggemari memancing ikan ini kecuali pemancing yang baru belajar memancing. Iyalah, nak memancing ikan belukang ni tak perlu sewa bot atau perlukan peralatan khusus sebagaimana casting atau jigging yang menggunakan gewang.
Walau bagaimana pun ikan belukang ni pasti banyak cerita atau pengalaman yang seronok dibicarakan. Di sini kami siarkan pengalaman masam manis pahit masin para pemancing yang berkaitan ikan belukang.
“Aku mula-mula datang Johor pergi pasar terbeli ikan ni la. Ingatkan baung, pelik jugak apasal murah bebenor. Kalo kat Terengganu baung tak dapat harga ni. Seekor bapak besar RM5 je. Dalam 2kg kot…balik masak asam pedas sedap wei.… lepas tu bila dah lama kawan dengan orang Johor baru tau apasal ikan ni murah.”
“Ikan belukang ada guna…aku pancing guna umpan siput babi. Kejap je dia sambar Lepas tu ikan belukang ni potong daging dia ketul-betul letak dalam bubu ketam. Ketam suka makan daging ikan belukang. Sekali ketam masuk bubu memang banyak la, besar pulak tu.”
“Ayah saya pernah cerita masa dia bujang pergi memancing dapat ikan ni besar betis, punya la seronok dengan kawan-kawan. Balik rumah nak buat asam pedas, sekali bila belah perut siap ada cili jagung bagai (najis orang). Masing-masing lari nak muntah. Sejak tu sampai sekarang dia dah tak makan spesies-spesies berjanggut ni.”
“Pertama kali memancing dekat-dekat muara time air pasang. Naik ler dia, dapat3 ekor, bawak balik. Akak masak singgang… sedap jugak rasa dia. Haha…”
“Zaman kecik dulu dapat bedukang cari selipar buruk cucuk kat duri atas belakang dia lepastu lepas semula. Haha… nampak selipar bergerak. Tapi jangan la kecam.”
“Jarang dapat ikan ni kat market. Suatu hari nanti akan timbul juga sebab kekurangan ikan. Sekarang pun ikan yang dulu orang jarang makan pun dah ada kat market. Ikan ni kalau kena mata kail duk bunyi macam orang sendawa. Hahaha.”
“Belukang la ikan pertama yang sambar gewang aku. Sampai la ni aku punya gewang tak penah ikan sambar. Aku tak pandai main gewang atau aku tak sabar baling gewang. Hahaha.”
“Pernah dapat besar betis orang dewasa… sampai patah-patah pancing aku dikerjakannya. Rezeki tu… sedap dibuat sup…!!!”
“Aku suka time strike…semacam dia tarik ikan ni. Kalau saiz 2kilo atas…rod cium air lengkungnya.”
“Kalau di Sabah ni kompom catch & release. Tapi kalau pertandingan open stage muara pantai, jadi hadiah ni biarpun dihina.”
“Pernah makan ikan ni di restoran Cina Muslim Shahrin Low di Bangi. Sedap yang teramat sehinggakan dok tanya kat tukang masak ikan apa.”