Rumusan Padu Mengail Di Rumah Rakit!

Share

 

Penulis bermurah hati untuk berkongsi beberapa panduan dan tip untuk kaki pancing menduga rumah rakit yang ada di Malaysia.

 

 

Perkara paling penting untuk kaki pancing sebelum turun memancing di rumah rakit adalah dengan membuat sedikit kajian tentang rumah rakit yang anda ingin pergi. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang rumah rakit tersebut.

 

Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Bila tahu spesies apa yang ada, anda boleh mempersiapkan kelengkapan yang bersesuaian untuk memburu ikan target. Ingat, lain ikan, lain tekniknya.

 

 

Membaca air ini mungkin agak subjektif kalau hendak kita ceritakan untuk memancing di rumah rakit. Ada rumah rakit yang sesuai untuk kita pergi ketika air besar dan ada juga yang lebih sesuai sewaktu air bani.

 

Tapi mengikut pengalaman penulis sendiri, antara waktu yang terbaik untuk menduga rumah rakit ialah ketika perjalanan air bani hendak ke besar ataupun ketika air besar hendak ke bani. Waktu sebegini lebih selamat kerana arusnya tidaklah begitu laju dan juga tidak begitu perlahan.

 

 

Untuk memancing di rumah rakit mudah sahaja. Tak perlulah anda menggunakan set mahal atau high end. Cukuplah set ekonomi yang tahan lasak dan diyakini mampu untuk menaikkan spesies-spesies yang ada di rumah rakit.

 

Untuk kekili, saiz yang biasa digunakan ialah 4000 dan ke atas. Ia kemudian dipadankan dengan mainline sama ada mono atau braided minima 20lb. Seelok-eloknya digalakkan menggunakan tali braided kerana ia lebih tahan lasak jika anda bertarung dengan ikan bersaiz besar.

 

Published by
Amang