Mencandat sotong memang menyeronokkan. Apatah lagi ketika bertemu dengan kandang sotong dan merasai keseronokan menggila menarik sotong, kadang-kadang ia boleh membuatkan kita alpa.
Alpa pada bahaya yang bakal dihadapi. Sebenarnya ada bahaya sampingan ketika mencandat sotong dan sewajarnya kita ambil tahu dan mengambil langkah waspada.
Ancaman Ribut dan Kilat
Apabila berlaku perubahan monsun, hujan ribut dan kilat boleh berlaku secara tiba-tiba. Jika ribut datang dari arah laut, tekong akan mudah mengesannya. Jika ribut datang dari arah daratan, sudah tentu bot mencandat tidak sempat untuk mengelak. Ada sesetengah tekong yang sudah biasa dengan ribut mengambil keputusan untuk tidak beralih dengan alasan tempoh ribut yang singkat.
Bagi pemancing yang tidak biasa tentunya akan menimbulkan keadaan cemas dan takut. Ada juga tekong bot yang berlindung di kawasan pulau yang lebih tenang sebelum kembali semula ke lokasi mencandat selepas ribut berlalu.
Ads
Lebih parah lagi jika hujan ribut datang disertai kilat. Suasana sekeliling cukup mencemaskan. Apa yang dibimbangi jika hujan tanpa ribut yang disertai dengan kilat. Ada pemancing yang mengambil kesempatan untuk mencandat pada suasana sedemikian. Perlu diingat sotong akan tetap memegang umpan selagi lampu tidak dipadam.
Kilat selalunya menyambar objek atau struktur yang paling tinggi. Di laut, bot candat merupakan struktur terapung yang paling tinggi yang akan mendedahkan pemancing kepada sambaran kilat.
Adalah dinasihatkan agar pemancing berada di dalam kabin bot dan tidak keluar mencandat sehingga kilat berlalu. Ada beberapa kes sambaran kilat di laut pernah dilaporkan di dalam media kita.
Ads
Ancaman Kejutan Todak
Jangan bermain-main dengan lampu. Lampu suluh yang disuluh di merata-rata boleh mengejutkan ikan todak. Kebiasaannya ikan todak berada dekat dengan permukaan air. Apabila terkejut ia akan berenang dengan laju dan melompat di atas permukaan air. Jika nasib tidak baik, muncung tajamnya akan mencucuk kita.
Saiz ikan todak di laut lebih besar daripada saiz ikan todak di sungai. Ikan todak juga suka berkejaran dan memburu makanan dengan membuat lompatan dan renangan yang laju. Kes tikaman todak pernah berlaku beberapa tahun lepas di Kelantan. Tikaman ikan todak berkenaan telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia.
Ads
Ancaman Serangga / Ulat Laut
Apabila lampu bot dipasang bagi tujuan mencandat, banyak haiwan-haiwan kecil yang akan timbul menghampiri lampu. Ada diantaranya berwarna-warni dan cukup cantik. Anda dinasihatkan agar tidak menangkap atau memegangnya walaupun saiznya kecil. Kemungkinan, haiwan berkenaan sangat bahaya. Antara haiwan yang biasa timbul ialah ulat bulu laut yang cukup berbisa.
Ancaman Ular Laut
Ular laut akan timbul di permukaan laut apabila arus laut semakin perlahan atau mati. Ular ini akan timbul bagi mencari ikan dan sotong. Ular laut seringkali terkena pancing candat yang menggunakan umpan ikan (candat umpan). Pastikan yang mengena pancing anda adalah sotong sebelum anda memegang atau mengangkatnya ke dalam bot.
(Sumber: Abe Din)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sudah agak lama juga menerima peringatan ‘jangan letak ikan kat tempat panas!’ dari seorang tekong.
Dan untuk tempoh itu tidak pernah sekali pun saya bantah atau persoalkannya.
Lama kelamaan, sedikit demi sedikit peringatan itu mula pudar dari ingatan. Begitu juga dengan tekong yang berikan peringatan tersebut pun saya dah lupa.
Sehinggalah, peringatan itu tiba-tiba muncul kembali ketika saya sedang memancing udang galah di Bagan Datuh.
Ingatan itu muncul secara tiba-tiba tatkala saya lebih banyak menaikkan ikan duri berbanding udang galah.
Mungkin disebabkan rasa terganggu kerana banyak sangat dapat ikan duri bersaiz sejengkal yang sedikit sulit untuk melepaskannya dari mata kail, ingatan tersebut seperti mendorong saya untuk melakukan sedikit uji kaji.
Saya seperti terpanggil untuk melihat apa yang terkesan atau apa akibatnya kalau ikan duri itu diletakkan di tempat panas.
Tatkala itu memang panas pun kerana waktu tengah hari. Korang tentu tau macam mana keadaan lantai sampan fiber tatkala panas lit-lit. Nak letak punggung tanpa alas pun fikir dua tiga kali.
Sebelum ingatan itu muncul, saya tidak membawa naik mana-mana ikan duri ke atas sampan pun. Sekadar menggantungnya di tepi dinding fiber sambil menanggalkan mata kail.
Bila mata kail tertanggal maka ikan duri itu pun jatuh kembali air. Tapi bila ingatan itu muncul dan dapat lagi ikan duri, saya pun tak fikir panjang lagi dan terus letak ikan duri itu di atas lantai sampan fiber yang terdedah kepada bahang panas.
Sebaik saja perut ikan duri itu tersentuh lantai sampan, secara mengejut ia meronta dan meloncat-loncat. Ia mungkin tindak balas secara spontan akibat kepanasan.
Ketika bertindak balas terhadap kepanasan itulah salah satu sengat ikan duri tersebut tercucuk tangan saya.
Selepas itu barulah saya faham kenapa saya pernah diberi peringatan oleh tersebut. Tapi nak menyesal pun dah tak guna. Nak tak nak terpaksalah saya tanggung azab hampir sejam lamanya.
Korang ada pengalaman kena sengat? Jom share…
Epull Ipull – Dah pernah kena sengat ikan duri,.. setengah inci tertusuk dekat jari. Slow-slow potong pangkal sengat, bukak mata kail pastu lepaskan ikan. Mintak member ambik playar, sepit sengat tadi dan tarik keluar. Nasib takde patah dalam. Lepas tu memancut la darah keluar. Cuci sampai bersih sapu minyak terus ok. Bengkak la jujak dalam 1-2 jam. Dalam pada tu ikan tebal pipi pulak makan. Terus hilang rasa sakit… hahaha.
Dk Ny – Member saya pun pernah min, ikan kerapu kecil sekali kena sengat hampir tak sampai rumah member tu. Nasib kereta auto. Kena pulak jari belah kiri. Katanya bisa hilang hingga ayam pertama berkokok. Last-last… pegi kecemasan juga inject baru hilang.
MIKE NOVEMBER ALPHA – Kena duri ikan belukang. Kecik je tapi agak sakit le jugak. Ada satu brader tu namapk, bising sekali dia siap balik ambik asam gelugor dan suruh gosok-gosok tempat kena sengat tu. Lepas tu dia tanya dah ok ke? Cakap la dah ok dah ni padahal terus terang cakap takdenya kurang sakit pun.
MUHAMAD NASRUL LOK – Kena sengat anak keli kayu saiz jari telunjuk masa cuci akuarium. Walaupun saiz kecik hampir memaksa air mata jantan ni terkeluar. Sehari wooo berdenyut-denyut tangan… sakit gila!
MUHAMMAD AURENGZEEB – Aku dulu pernah kencingkan kaki member aku yang kena sengat keli paya masa bulan puasa 20 tahun lepas. Rupanya kalau kena sengat masa puasa lagi la teruk sebab badan kurang air. Aku tengok member nak pengsan dah… akhirnya cari kedai runcit kat dalam estet tu dia pekena air, roti, rokok terus ok… tapi yang geramnya lepas tu tak putus-putus pulak dia hisap rokok sebab dah berbuka awal.
IKAN MERAH – Nak terkeluar air kencing kena sengat kat jari tangan. Air mata menitis sendiri tanpa sedar. Itulah pengalaman aku bersama ikan bedukang atau ikan duri 3 paku.
MOHD ISKANDAR ATAN – Kena pari… tapi sakit kejap je. Dalam 2 jam ok dah. Keli, duri, belukang takde la apa sangat… macam luka biasa je. Sembilang, lepu, kitang dan ampai-ampai mintak dijauhkan.
IBRAHIM LIN – Pernah kena sengat ikan baung melekat kat siku. Batang sengat dia masuk habis dalam daging terus rentap je sebab lagi lama kita tunggu lagi takut nak cabut.
MOHD KHAILRI MIZEE – Ubat mujarab dan tradisional letakkan getah keladi di bahagian lubang tusukan atau luka sengatan. Insyaallah boleh legakan kesakitan. Itu lah penawar turun temurun yang saya gunakan setiap kali disengat ikan.
HARRACE FADYLA – Pernah kena sengat sembilang masa nak buka mata kail time zaman-zaman hero buka pakai tangan je, last melekat kat jari daa. Dah cabut semua… try ikut petua orang gigit ekor ikan tu. Time tu tak gigit ekor siap gigit separuh lagi tak dan jugak tetap sakit. Lepas tu nak dikencingkan tapi air tak mau keluar pulak dah. Terpaksa suruh member kencingkan. Tak fasal-pasal kena kencing hidup-hidup dengan member. Sudahnya ke klinik jugak. (p/s standby playar kalau pergi memancing).
AZMI AZRIEL FARHAN – Semilang punya penangan 3 hari 3 malam tak tau siang ke malam. 6 Kali injection pun tak jalan. Rasa macam nak kerat je jari. Kebas sampai la padahal dah berbulan-bulah dah. Finally doktor sahkan jari tak leh kembali normal.
AIDIL AKMAL – Haha… saya pernah kena sengat ikan sembilang sampai bengkak kaki. Nasib baik sepupu berpengalaman. Sepupu saya ikat tali kat paha tak nak bagi racun naik smpai atas. Dia letak air bateri kereta dekat tempat kena sengat. Sakit cuma Allah je yang tahu… tapi dalam masa sehari bengkak tu surut. Alhamdulillah sembuh.
Hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini, bahawa pemancing suka berpuak-puak dan tidak bersatu. Tidak seperti zaman dahulu.
Benarkah dakwaan ini?
Bila ditanya pada rakan-rakan pemancing, ada yang kata benar, ada yang kata tidak. Malah, ada yang kata ini hanyalah isu remeh yang tidak perlu dibesarkan. Benar atau pun tidak, penulis menyerahkan kepada penilain tuan-tuan dan puan-puan yang sangat dihormati sekalian.
Cuma, kita boleh cuba mengenal pasti apakah ‘faktor’ atau ‘punca’ dakwaan ini, berdasarkan kajian saintis terkenal dunia, berkaitan psikologi dan sosiologi pemancing. Antaranya:
A: Pengkhususan rekreasi (recreation specialization) = Merupakan tahap pengkhususan seseorang dalam aktiviti memancing.
Contohnya: Pemancing ikan toman, boleh dikategorikan kepada: 1)pemancing biasa, 2)pemancing sekali-sekala, 3)pemancing mahir teknik, dan 4)pemancing mahir teknik dan lokasi. Ini berdasarkan kemahiran (skill) dan peralatan (equipment) yang digunakan untuk memburu toman.
Ini bermakna, lain pemancing lain tahap mereka. Walaupun pemancing biasa (kategori 1) mereka tetap juga pemancing toman. Begitu juga dengan spesies lain, dan teknik memancing yang lain.
‘Pengkhususan rekreasi’ pemancing perlu difahami, agar kita tahu, apa kelebihan dan kekurangan rakan pemancing kita.
B: Pembahagian pemancing (angler segmentation) = Pemancing boleh dibahagikan kepada kumpulan atau segmen tertentu, berdasarkan ‘sikap’ dan ‘tingkah laku’ mereka.
Contohnya: ‘Sikap menangkap ikan’ (catch attitude). Pemancing boleh dibahagikan kepada mereka yang suka: 1)menangkap ikan besar, 2)menangkap banyak ikan, 3)membawa balik ikan ke rumah, atau 4)tidak mengapa jika tidak mendapat ikan.
Betul, tidak dapat ikan pun dikira sebagai segmen memancing. Ada yang ‘kumpau’ tetapi masih gembira dengan trip memancing mereka.
Akan tetapi C&R bergantung kepada spesies, saiz, jumlah ikan yang ditangkap, lokasi, serta dengan siapa mereka memancing. Setiap pemancing mempunyai pendapat tersendiri tentang C&R.
Perbezaan dalam ‘pembahagian pemancing’ sangat perlu dihormati, kerana ianya boleh menjadi ‘sensitif’ bagi sesetengah individu.
C: Kontinum pemancing (angler continuum) = Merupakan ‘julat’ atau ‘lingkungan’ di kalangan pemancing.
Contoh lain: Pengelibatan memancing atau kekerapan pergi memancing, boleh dibahagikan kepada: 1)kurang penglibatan (cth: setahun sekali), 2)sederhana penglibatan, 3)tinggi penglibatan (cth: mereka yang memancing hampir setiap hari).
Ia boleh merangkumi pelbagai aspek, seperti kemahiran melempar gewang, kemahiran menyelenggara kekili, malah mengikat mata kail pun, boleh mempunyai kontinum tersendiri. Jadi, tanggapan bahawa orang yang tidak pandai mengikat mata kail, bukan pemancing, adalah kurang tepat.
Justeru, penting untuk kita menghormati pemancing lain, terutama mereka yang berada dalam kontinum yang berbeza dengan kita.
D: Kumpulan pemancing dan sub-kumpulan pemancing (angler groups and angler sub-groups) = Ini merupakan perkara biasa yang kita dengar, iaitu pemancing mempunyai kumpulan tersendiri.
Kumpulan ini bergantung kepada faktor seperti teknik (bottom vs casting vs jigging vs fly), lokasi (kolam vs sungai vs tasik vs pesisir pantai vs laut dalam), spesies (toman vs sebarau vs kelah vs sepat vs lampam), kolam (kolam air masin vs kolam air tawar vs kolam udang), menyertai pertandingan (suka pertandingan vs tidak suka pertandingan), dan banyak lagi kumpulan yang lain.
Selain faktor latar belakang seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pekerjaan, dan pendapatan, juga boleh dijadikan kumpulan pemancing.
Kumpulan-kumpulan yang wujud menunjukkan diversiti atau kepelbagaian dalam dunia memancing. Sudah tentu, kita dididik agar meraikan kepelbagaian dalam hidup kita.
E: Motif tersembunyi memancing (fishingunderlyingmotives) = Motif, motivasi, atau tujuan, bermaksud mengapa pemancing keluar memancing. Pemancing boleh dibahagikan kepada kumpulan tertentu, berdasarkan motif memancing mereka.
Contohnya: Pemancing yang keluar bersama keluarga, mempunyai motif berbeza dengan pemancing yang ingin menangkap banyak ikan. Teknik, pendekatan, dan usaha (effort) mereka akan jadi berbeza.
Contoh lain: Pemancing yang motifnya mahu kesunyian dan bersendirian, tidak mungkin boleh bersama dengan pemancing yang mahu bersama rakan untuk bersembang. Ini boleh menimbulkan konflik.
Begitu juga dengan motif lain seperti untuk mendapatkan rekreasi, untuk menikmati alam sekitar, untuk berseronok, dan lain-lain lagi.
Motif memancing sangat penting untuk difahami, agar kita tahu apa tujuan pemancing, selain untuk mendapatkan ‘strike’.
Hakikatnya
Ramai sahaja pemancing yang ‘cool’ dan ‘chill’ dengan rakan-rakan pemancing, walaupun terdapat perbezaan pendapat, latar belakang, kumpulan, sikap, serta kemahiran.
Ramai sahaja yang ‘okay’ dengan rakan-rakan baharu, walaupun mereka telah mencapai tahap tertinggi (otai, masta, sifu, mahaguru). Malah ada yang sudi menurunkan ilmu dan kemahiran, seikhlas hati.
Mungkin, ada seorang-dua yang agak ekstrim dan agak menonjol, yang boleh menjejaskan keakraban rakan-rakan pemancing lain. Saya kata, mungkin…
Penting
Adakah penting untuk memahami kepelbagaian serta perbezaan kumpulan pemancing?
Ya, penting. Kerana kita akan lebih mengenali siapa mereka ini, dan apa yang mereka mahukan.
Justeru, kepuasan memancing, selain dari ‘strike’ dapat dipenuhi. Serta, pembangunan perikanan rekreasi di Malaysia dapat diperbaiki.
Berdasarkan komen dan maklumbalas dari pelbagai kumpulan, segmen, dan motif yang wujud.
Terbaik
Perkara terbaik adalah pemancing harus bijak dalam menilai sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan, agar keharmonian sesama pemancing dikekalkan.
Toleransi, saling menghormati, dan berlapang dada, merupakan elemen pendamai, yang perlu ada dalam setiap diri pemancing. Sekaligus, dakwaan pemancing suka berpuak-puak dapat ditangkis sepenuhnya.
Bagi pemancing yang juga penggemar ikan hiasan pasti tidak lokek mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk mendapatkan warna-warni akuarium seperti yang diidamkan. Bagi yang gemarkan ikan hiasan, mari kita lihat senarai ikan hiasan tropika yang paling mahal.
CANDY BASSLET (US$1,000)
Ikan yang mempunyai warna terang ini harus menjadi antara ikan marin tercantik. Ikan ini boleh dijumpai di Caribbean. Ikan ini agak aktif tambahan pula hanya memerlukan penjagaan yang minima seterusnya sesuai dijadikan ikan hiasan.
CLARION ANGELFISH (US$2,500)
Spesies Clarion angelfish diberi nama sempena nama sebuah pulau di perairan Mexico. Ikan ini mempunyai tona warna yang menarik dan sering ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun mempunyai nilai yang tinggi, sesiapa yang menangkap dan membela ikan ini perlu mendapatkan permit daripada kerajaan Mexico terlebih dahulu.
WROUGHT IRON BUTTERFLYFISH (US$2,700)
Boleh dijumpai di perairan Jepun, ikan kecil yang menawan ini mencapai ukuran sekitar 6 inci apabila dewasa. Ikan ini sering menjadi kegemaran pengumpul ikan hiasan. Ikan ini merupakan perenang aktif dan sesuai diletakkan dalam akuarium selain mempunyai tona warna yang cantik.
AUSTRALIAN FLATHEAD PERCH (US$5,000)
Ikan ini juga antara spesies yang sukar ditemui dan jika ada, nilainya sekitar USD5,000. Ikan ini ditemui di perairan Australia dan agak sukar menangkapnya. Ikan ini bersembunyi di sebalik batu dan karang. Ikan ini akan memecut laju keluar hanya untuk serangan ketika mencari makanan dan akan memecut ke sebalik batu kembali. Warna dan jalur pada badan ikan ini menjadikannya sesuai sebagai ikan hiasan.
NEPTUNE GROUPER (US$6,000)
Ikan neptune grouper ini merupakan kegemaran peminat ikan hiasan dan nilainya sekitar USD6,000. Ikan ini sukar ditangkap kerana hidup di laut dalam. Penyelam yang menangkap ikan ini juga perlu naik ke permukaan dengan perlahan-lahan bagi mengelak ikan ini mati. Juvernil ikan ini mempunyai warna yang sangat berbeza dengan spesies yang telah matang. Warna terang pada badannya merupakan antara sebab spesies ini sangat dicari oleh pengumpul.
GOLDEN BASSLET (US$8,000)
Salah satu spesies terkecil dalam famili grouper, ikan ini boleh ditemui di Atlantik dan Pasifik. Ikan ini juga merupakan antara spesies yang jarang dilihat terjual. Ikan ini juga sangat pemalu dan sering bersembunyi di sebalik batu dan karang. Andai anda membela ikan berwarna seakan emas ini dalam akuarium, mungkin sesekali anda dapat melihat ikan ini berenang menghiasi akuarium kerana lebih banyak bersembunyi.
BLADEFIN BASSLET (US$10,00)
Ikan kecil yang cantik ini mempunyai nilai sekitar USD10,000. Namanya diberi kerana bentuk sirip dorsalnya yang seakan bilah pisau. Boleh ditemui di Caribbean dan mempunyai tona warna daripada oren hingga putih. Spesies ini juga merupakan spesies yang dicari oleh penggemar ikan hiasan kerana jarang dijumpai. Ikan ini hanya sebesar 1.5 inci dan hidup di laut dalam di sebalik karang.
PEPPERMINT ANGELFISH (US$30,000)
Peminat ikan hiasan tropika telah menawarkan sekitar USD30,000 untuk ikan eksotik yang pemalu ini. Pada 2012, hanya seekor ikan ini dipamerkan untuk orang awam. Ikan ini dipamerkan di Waikiki Aquarium setelah dijumpai oleh pasukan penyelidik dari institut Smithsonian. Ikan ini hidup di laut dalam antara 60-120 meter dalam sehinggakan penyelam jarang menemuinya.
FRESHWATER POLKA DOT STINGRAY (US$100,000)
Ikan pari air tawar ini telah muncul pada pameran di Taiwan pada tahun 2014. Spesies ini mempunyai mutasi genetik yang unik. Ikan ini merupakan antara spesies ikan akuarium yang termahal di Taiwan dengan nilai sekitar US100000. Yang menariknya, ikan ini tidak mampu hidup dalam persekitaran semula jadi. Jadi pemilik ikan ini perlu memastikan sentiasa memberi makan secara manual kepadanya.
PLATINUM AROWANA (US$400,000)
Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.
Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...