Di pasaran, harga ikan belitong juga rendah berbanding spesies predator lain terutamanya tenggiri. Struktur dagingnya yang agak pejal juga kurang dari segi rasa. Namun, di sebalik rasanya yang menggoda di negara luar, ikan belitong memiliki kandungan histamin yang berkeupayaan menyebabkan keracunan dan alergi.
Ads
Histamin terbentuk dari acid histidine yang diuraikan oleh bakteria. Kandungan zat histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan mahi-mahi diproses secara sempurna setelah ditangkap. Jika zat histamin sudah terlanjur terbentuk, maka akan agak sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau pemasakan yang dapat menghilangkan zat berbahaya ini.
Ads
Ads
Tapi adakah kita sudah sedia maklum tentang bahaya ini dan mengambil sikap untuk menyukainya? Atau kerana isinya yang kurang sedap menjadi sebab sebenar kita tidak memakannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya percaya ramai pemancing tidak tergamak untuk menggunakan katak sebagai umpan memancing. Berikutan timbul rasa geli dan tidak tergamak untuk membunuh seekor katak, kemudian dipotong kecil-kecil untuk dijadikan umpan memancing belut, saya mengambil keputusan untuk melakukan satu ujikaji umpan.
Memang tidak dinafikan daging katak merupakan umpan yang paling berkesan berbanding umpan-umpan lain. Namun saya lebih yakin bahawa belut tertarik keluar dari lubangnya adalah disebabkan oleh rangsangan deria getaran dan bau. Bukannya melalui deria penglihatan. Dalam erti kata lain, apa saja objek yang menghasilkan bau seperti bau diet makanannya yang digoncang pada mulut lubangnya, pasti akan menarik belut keluar untuk menyiasat.
Oleh kerana itulah saya terfikir untuk mengujinya dengan menggunakan gewang soft plastic dan minyak perisa aroma katak. Kebetulan saya ada bawanya bersama yang lazimnya digunakan untuk casting haruan.
Untuk itu saya terpaksa korban seketul gewang soft plastic kerana perlu dipotong-potong kecil. Ketulan kecil soft plastic itu kemudiannya dilumurkan dengan minyak berpirasa dan beraroma. Saya percaya ia bukanlah berperisa katak atau berbau seperti katak. Jika betul, pasti saya tidak akan mencubanya.
Kaedahnya sama sahaja jika menggunakannya untuk casting haruan. Bezanya cuma soft plastic perlu dipotong kecil bagi memudahkan belut menelannya. Saya tidak pasti jika umpan ujikaji ini berkesan jika dilakukan pada siang hari. Ini kerana belut mungkin dapat lihat rupa bentuk soft plastic cacat itu.
Tapi ujikaji pada malam tersebut ternyata berkesan. Walaupun nisbah purata strike agak ketinggalan berbanding katak sebenar, namun ia terbukti berkesan untuk dicuba sebagai umpan alternatif bagi penggeli katak seperti saya.
Melalui aplikasi sonar, para pemancing berpeluang menjelajah lebih banyak lubuk dengan mudah. Pemancing tidak perlu lagi menunggu ikan datang untuk memakan umpan, sebaliknya boleh menjejaki di mana kebun ikan untuk menghulur umpan betul-betul di depan mata mereka. Bagi nelayan laut dalam, sonar adalah alat terpenting bagi untuk mereka mencari rezeki.
Komponennya terdiri dari pemancar (transmiter), transduser, alat penerima dan skrin paparan. Apabila ia di pasang, signal elektrik voltan rendah dari transmiter akan ditukar kepada gelombang bunyi oleh tranduser dan dipancarkan ke dalam air.
Gelombang bunyi akan terpantul balik ke permukaan apabila mengenai objek dalam air. Sekali lagi gelombang bunyi ini akan ditukar kepada signal elektrik oleh alat penerima seterusnya dihantar kepada skrin paparan sama ada dalam bentuk hitam putih atau warna (lebih mahal harganya).
Sonar akan sentiasa menghantar dan menerima isyarat berulang kali dalam setiap saat. Ini kemudian akan memberi gambaran secara terus menerus pada skrin selagi pancaran bunyi dan signal elektrik tidak terganggu.
Apa saja yang menghalang gelombang bunyi di dalam air akan dipaparkan pada skrin termasuk kedalaman air semasa.
Objek yang menghalang gelombang bunyi di pertengahan air sering diertikan sebagai ikan atau mungkin sampah dan sebagainya. Sonar berprestasi tinggi, merangkumi empat elemen penting iaitu pemancar berkuasa tinggi, transduser yang cekap, alat penerima sensitif dan skrin paparan beresolusi tinggi.
Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai model dan terpulang kepada bajet anda. Bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit.
Ada yang berjenama, tidak kurang juga yang jenama ‘cap ayam’. Pendek kata lagi mahal harganya, lebih tepat dan jelas kualiti paparannya serta terdapat fungsi lain yang disertakannya.
Dunia memancing semakin dihambat teknologi terkini. Penggunaan assist hook boleh dianggap sebagai satu rukun dalam teknik jigging di lautan. Sebelum kemunculan teknik jigging perlahan yang menggunakan assist hook berkembar, penggunaan single assist hook lebih banyak digunakan.
Segmen DIY kali ini kami ingin menampilkan cara menghasilkan single assist hook yang terawal pernah dihasilkan.
Cara menghasilkannya juga amat mudah tidak sebagaimana menghasilkan assist hook berkembar tetapi ketahanan dan kekuatannya sudah terbukti.
Bahan keperluan:
Large ring hook
Solid ring
Kevlar 150lb-200lb
Shrink tube
Tutorial 1
Potong kevlar anggaran 6-8 inci (bergantung kepada saiz jig yang digunakan) dan lipat dua. Kemudian buat simpulan pada bahagian hujung kevlar pada teras mata kail.
Tutorial 2
Ketatkan simpulan kemudian ikat bahagian U kevlar dengan tali yang lebih halus dan masukkan ke dalam lubang cincin. Tujuan tali halus ini adalah untuk memudahkan kevlar ditarik masuk ke dalam lubang cincin.
Tutorial 3
Tarik hujung kevlar sehingga bahagian simpulan rapat pada gelang cincin mata kail. Potong bahagian lebihan kevlar dengan kemas.
Tutorial 4
Potong shrink tube kira-kira 1 inci kemudian masukkan melalui kevlar.
Tutorial 5
Bakar bahagian tengah shrink tube yang menghubungkan mata kail dan kevlar. Tujuan shrink tube ini adalah untuk melindungi bahagian simpulan.
Tutorial 6
Ikat atau buat simpulan biasa solid ring pada bahagian hujung kevlar. Single assist hook ini sudah siap untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...