Apa bestnya jadi pemancing? Apa seronok sangat jadi angler? Tapi kalau tak seronok tentulah semua orang tak mahu jadi pemancing, ye tak?

Di sebalik keseronokan hobi memancing ni sebenarnya ia antara hobi yang berisiko dan boleh mendatangkan musibah sekiranya beberapa perkara di bawah ini dianggap tidak penting dan ambil mudah.

 

Tercucuk Mata Kail

Ia kes yang kerap berlaku di kalangan pemancing tak kira apa cabang teknik memancing. Namun kemalangan yang paling kerap berlaku ialah kepada kaki mengilat atau casting.

Lebih-lebih lagi kaki casting yang memancing menaiki bot fiber yang ‘sesak’ dengan penumpang. Kesannya, bila ternampak ikan frenzy atau boiling, mulalah gelojoh tidak pandang kiri dan kanan, akibatnya rakan tepi dan belakang menjadi mangsa.

Walaupun punca kesalahan ini sering kali dituding kepada caster baru, ada kalanya berlaku juga di kalangan caster lama.

 

baca juga 6 Penawar Bisa Disengat Ikan

 

Bot Terbalik Atau Karam

Kalau memancing laut dalam menggunakan bot yang besar mungkin kejadian ini kurang berlaku. Sekiranya berlaku, ia bukanlah kesilapan dari pemancing.

Namun ia tetap risiko yang bakal dihadapi oleh pemancing. Namun banyak kes bes terbalik atau karam di sungai atau tasik air tawar disebabkan oleh pemancing sendiri.

Kes berlaku disebabkan, tidak mahir mengendalikan bot fiber, bot fiber dibawa laju terlanggar objek (biasanya kayu balak hanyut, tunggul yang tidak kelihatan).

Pengendali bot perlulah seorang yang mahir dan tahu selok-belok sesuatu lokasi pancingan, misalnya di sungai dan tasik.

Sentiasa berhati-hati ketika melewati kawasan tunggul, melalui sungai yang berarus deras. Jika di laut, sentiasa peka dengan keadaan cuaca.

Jangan sesekali menaiki bot melebihi had penumpang. Selain tidak selesa, ia juga mengundang kejadian bot karam.)

 

 

Sesat

Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku.

Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai. Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat

melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi (kumpulan lebih kecil).

Paling mudah bawa wisel bagi tujuan kecemasan. Anda boleh meniup bagi menarik perhatian di saat anda sudah kekeringan tekak menjerit meminta tolong.

 

 

Lemas

Suka atau tidak, risiko lemas ketika memancing merupakan risiko yang paling rapat dengan pemancing. Tentu saja kerana memancing dan air tidak dapat dipisahkan.

Namun tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing.

Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik.

Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.

 

 

Kemalangan Jalan Raya

Perkara paling indah buat kaki pancing adalah ‘banyak masa dan banyak duit’. Namun bukan semua kaki pancing beruntung ada kedua-duanya.

Ramai kaki pancing terus pulang dari trip atas alasan kena esok masuk kerja. Penat, mengantuk, tidak tukar pemandu, tidak berehat dan tidur seketika, mengejar masa untuk sampai di rumah, antara faktor mengundang berlakunya musibah ini.

Periksalah keadaan kereta sebelum menaiki kenderaan dan jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kerana ia mampu mengurangkan kecederaan lebih teruk sekiranya berlaku kemalangan.

Langkah terbaik, semua ahli trip perlu merancang perjalanan trip dengan baik seperti mengambil cuti lebih, hotel, chalet dan menginap selepas pulang dari trip sebelum pulang keesokan harinya.

 

baca juga Panduan Kalau Nak Mancing Bawah Jambatan Penang

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan