Richard Kiin- Fishing Guide Padu Tasik Bakun

Share

 

Nama penuh: Richard Kiin

Nama FB: Richard kiin Richard kiin

Usia: 43

Produk servis: Bakunparadise

 

UMPAN: Sejak bila anda memancing dan mula menjadi tekong / guide?

RICHARD: Saya memancing sudah lama… mungkin dari zaman kanak-kanak lagi dengan memancing secara tradisional.

Saya menyediakan pakej memancing, menjadi tekong dan guide ini kalau tidak silap saya semenjak 2012.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

RICHARD: Saya suka memancing dan sudah banyak mendaratkan ikan-ikan idaman ramai pemancing. Jadi saya ingin berkongsi keseronokan ini dengan pemancing lain juga.

Saya ingin membantu para pemancing mencapai impian mereka menaikkan ikan idaman terutamanya ikan sebarau aka badong.

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong / guide?

RICHARD: Seorang tekong perlu tahu ilmu memancing supaya dapat membantu rakan-rakan pemancing masa trip. Perlu tahu teknik mengikat mata kail, sambung line & leader.

Tahu serba serbi-konsep reel. Mengendali dengan cara yang betul bot ke lubuk sasaran. Tahu service enjin serta mengendalikanya. Wajib mengetahui lubuk yang berpotensi.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dala meneruskan kerjaya ini?

RICHARD: Cabaran sebagai tekong ni adalah untuk memastikan pelanggan mencapai kepuasan yang diingini. Sebab kehendak pelanggan kebiasaannya tak sama.

Harapan saya semoga kelestarian dunia mengail ini terus terpelihara demi kelangsungan hobi hanyir ini.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

RICHARD: Memancing itu sendiri adalah satu pengalaman yang manis. Saya percaya semua orang yang pergi memancing akan membawa pulang kenangan yang manis. Banyak sangat pengalaman manis dalam dunia memancing ni.

Sementara pengalaman pahit itu memang ada. Kalau ada yang manis tentulah ada yang pahit. Tapi semua itu biarlah dijadikan pedoman di masa hadapan agar tidak berulang lagi.

 

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

RICHARD: Keberhasilan trip sebenarnya adalah rezeki dari Tuhan. Walaupun begitu untuk usaha ke arah itu, sebaik baiknya kerjasama antara ahli trip dengan tekong sangat perlu.

 

 

Pakej servis:

 

Nama bot: Bakunparadise

Saiz: 21kaki

Enjin: 30hp

Harga sewa: RM2000 (pakej 3H2M)

Jumlah pemancing: 3 pemancing

Waktu memancing: 8.00am – 6.00pm

Lokasi memancing: Tasik Bakun

Jeti: Tasik Bakun

 

 

Published by
Amang