Dua bulan lalu sebelum beliau menunaikan umrah dan menyatakan hasratnya untuk merasai keganasan sentapan baung.
Keunikan rasanya dan ingin menikmati pengalaman menyebabkan beliau sangup turun berjumpa saya bersama-sama tamarnya selepas menunaikan umrah.
Dek kerana kemuliaan En. Halim yang tak lekang dengan senyuman dan sifat rendah diri, saya menyahut cabaran ini.
Sebelum memulakan pemburuan, segala persiapan telah disediakan. Setelah beberapa hari melihat keadaan air dan perubahan cuaca, saya menyuruh En. Halim menyiapakan segala kelengkapan terbaik beliau.
Setelah mengikuti segala arahan dan ilmu beliau datang dengan reel GS9 Daiwa serta rod Uglystick 15-40 lb 5.6 kaki.
Teknik dan cara saya mengajar beberapa asas tentang habitat baung dan cara mengenal pasti kedudukannya dan beberapa skil serta ilmu di dalam perjalanan yang bermula seawal pagi jam 7.00 pagi.
Setelah mengenal pasti beberapa kawasan, boatman terlebih dahulu menaikan ikan selang hanya beberapa saat umpan tapa dilabuhkan.
Dan bermulalah dari hasil. Pertama pelbagai perkara dan ilmu terus diturunkan kepada En. Halim.
Dan tidak lama kemudian beliau terus berjaya mengilangkan kumpau berdarahnya selama bertahun-tahun. Jelas terpampang kepuasan di wajahnya.
Namun hasilnya tidak terhenti di situ. Beliau terus berjaya menaikan baung 916 dan juga baung ekor merah.
Dalam pada itu terpancar riak wajahnya apabila gagal menaikan baung yang begitu rakus menarik rodnya hingga berbentuk U.
Istilah siapa bersedia dia berjaya terus dipakai beliau. Keriuhan memecah sunyi sungai.
Selepas merasai tarikan… denyutan… Lepas dan geram sepanjang 3 jam 30 minit masa yang diberikan, hasil keseluruhannya sebnyak 13 ekor sudah cukup menceritakan kegembiraan.
Saya juga sempat bertanya apa perasan dan ini jawapan jujur En. Halim yang sememangnya jujur.
“Pemurah dan tahan telinga kutukan… gembira sesangat dapat pengalaman pancing baung dan kaedah cari spot. Kaedah yang sangat efektif tak membosankan. Setiap kali bot berhenti hati berdebar. Nak tengok siapa punya giliran pula direntap baung.”
Manakala saya berasa amat puas hati setelah berjaya melaksanakan tugasan dan impian pemancing-pemancing kumpau sedunia menghilangkan kekumpauan berdarah. Semoga sedikit pengalaman dapat memberi kepuasan pada semua.
Sebelum En halim pulang ke Kuala Lumpur, seperti biasa kami hidangkan dulu makanan-makanan ikan sungai terbaikkkk! Rasanya… En. Halim mungkin membelek-belek kalendar mencari hari cuti akan datang.