Kalau anda adalah kaki pancing yang gemar fighting dan pertarungan sebenar, menggunakan joran adalah terbaik. Namun koyan (handline) tetap digemari pemancing berusia atau nelayan yang jarang memberi lawan ini mendahului pada babak pertama.

 

Koyan biasanya dikaitkan dengan tali kasar sehingga 200Ib sememangnya tiada masalah menaikan pari dalam lingkungan 20kg.

 

Revolusi Teknik Pancingan Ikan Pari

 

Penggunaan joran lebih bermakna kepada pemancing selain dapat merasa tentangan dan henjutan `piring terbang’ ini, kepakaran akan teruji apabila larian kencang 100meter dimulai sebelum joran disentap.

 

Permainan menentang pari biasa berlegar keliling bot atau kiri kanan jika di pantai. Tambahan pula jika piring terbang ini melekap, bertambahlah perit untuk mengepam joran. Tentang bab ini, ramai pemancing putus asa atau mula boring menunggu ia terbang semula lebih-lebih lagi jika berat melebihi 15 kg ke atas.

 

Revolusi Teknik Pancingan Ikan Pari

Ads

 

Macam-macam petua yang saya dengari seperti jatuhkan pemberat di bahagian kepala, letak joran di celah kangkang, guna tempurung jantan, bermain tali gitar, mencampakkan batu ladung bersama-sama dengan kain reja yang dicelup petrol dan macam-macam lagi.

 

Pendapat saya setengah dari pendapat tadi kurang logik dan sukar diterima terutama menggunakan petrol yang boleh mencemarkan air. Cara terbaik ialah sabar sebab banyak orang kata pemancing adalah jenis manusia yang bersabar. Campak pancing dan sabar menunggu umpan disentap. Jadi buktikanlah pada orang ramai yang pendapat ini tak salah.

 

Revolusi Teknik Pancingan Ikan Pari

 

Bila pari melekap, air bukannya cetek untuk dicampakan batu ladung di bahagian badan pari dan kita tak pasti posisi pari tersebut. Main gitar (memetik tali pancing); gegaran tali tak begitu ketara di penghujung tangsi.

Ads

 

Sabar di sini bukan bermakna kita perlu tunggu sampai pari mengangkat bendera putih, pari adalah benda hidup dan ia pasti akan bergerak.

 

Jadi semasa ia melekap, pastikan drag pada tahap yang sesuai, bagi sedikit tekanan dengan menarik tangsi supaya ia merasa kesakitan atau biarkan seketika dan kemudian buat henjutan ringan untuk memeranjatkan pari, lama kelamaan nescaya ia akan terbang jua.

 

Revolusi Teknik Pancingan Ikan Pari

 

Kaedah terbaik ia jangan biarkan ia melekap di dasar semasa permulaan pertarungan, gunakan peralatan terutama joran dengan bijak untuk memujuk pari naik ke atas.

Ads

 

Joran yang sesuai ialah kelas menengah ke atas (medium action) 15Ib hingga 30Ib memadai. Perambut yang sesuai dari 40Ib ke atas tanpa perambut dawai pun boleh.

 

Kalau tak yakin anda boleh gunakan tangsi yang lebih kasar. Saya pernah menaikan pari 10 kg dengan tali 15Ib dan joran aksi ringan (light action).

 

Revolusi Teknik Pancingan Ikan Pari

 

Tapi kena juga setengah jam bertarung sebelum berjaya mendaratkan spesies bertulang lembut ini. Sahabat saya pernah putih mata apabila seekor pari melarikan umpannya.

 

Malangnya joran dan kekili yang digunakan hanya sesuai untuk pancing gelama tidak dapat menahan larian pari hingga terbenam joran ke permukaan air. Tali berkekuatan 12Ib putus sekelip mata.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI