Ikan jenahak, antara ikan gred A bernilai tinggi yang enak dinikmati. Harganya juga boleh tahan di pasaran. Tidak kiralah apa jenis masakannya, ikan ini pasti akan habis licin! Lebihlebih lagi bahagian kepalanya yang enak dibuat kari. Entri resipi Majalah Umpan kali ini adalah sup ikan jenahak. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg ikan jenahak (bersihkan dan tos)
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba campur
10 biji bawang merah | di mayang
6 ulas bawang putih | di mayang
600 gm kentang | dibelah dua
60 gm suhun
1 keping asam gelugur
1 daun saderi
10 gm daun bawang | untuk hiasan
1 sudu besar minyak | untuk menumis
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Tumbuk kasar ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
Bungkus bahan ini dengan kain jarang dan jadikan seperti punjut.
Rebus ikan bersama air dan juga punjut tadi. Biarkan mendidih.
Masukkan kentang, suhun, halia, asam gelugur, halba dan juga garam. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan ke dalam periuk sup dengan minyaknya sekali.
Kacau selama tiga minit dan hidangkan bersama daun bawang dan daun saderi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar siri realiti TV Wicked Tuna tentu pasti teruja dengan kisah pancingan bluefin tuna atau tuna siri biru. Tuna sirip biru sememangnya hidupan marin yang penuh kehebatan. Di sini kami kumpulkan sedikit kehebatannya yang sungguh luar biasa dan terus diburu walaupun diancam kepupusan.
Saiz monster
Anda boleh bayangkan sendiri tahap kemonsterannya. Spesimen dewasa biasanya mampu membesar mencapai 3 meter panjang, tetapi boleh mencapai 4 meter, menyaksikan ikan Atlantic bluefin tuna tersenarai sebagai salah satu `ikan bertulang’ (bony fish) terbesar dan yang terbesar dari semua spesies tuna.
Berat purata spesimen dewasa dari 130 hingga 679 kg. Walau bagaimana spesimen melebihi dari julat berat badan lebih tinggi amat jarang ditemui pada masa kini.
Renangan super turbo
Tuna sirip biru biasanya berenang pada kelajuan antara 7 dan 15km per jam, tetapi apabila mengejar mangsa atau untuk mengelakkan pemangsa, mereka boleh berenang sehingga 71 hingga 100 km per jam.
Ketika bertarung dengan pemancing, tuna sirip biru melakukan aktivit otot yang sangat tinggi sehingga mampu memasak dagingnya sendiri. Pergerakan sirip ekornya amat pantas sehingga 30 kali sesaat!
Pelahap gergasi
Tuna sirip biru mampu mencapai saiznya yang besar dengan dengan membaham hampir apa saja ikan yang lebih kecil, belut, krustasia dan sotong. Mereka juga akan menapis makanan pada zooplankton dan organisme kecil lain dan juga telah diperhatikan makan kelp (rumpai laut). Tuna terbesar yang pernah direkodkan ialah Atlantic bluefin tuna yang ditangkap di Nova Scotia yang beratnya 679kg.
Hebat menyamar
Atlantik bluefin tuna adalah salah satu ikan yang terbesar, paling pantas dan paling hebat dari semua ikan di dunia. Dengan badan berbentuk torpedo, ia dibina untuk kelajuan dan ketahanan. Ditambah lagi dengan warna badan iaitu biru metalik di atas dan berkilauan perak putih di bahagian bawah, membantu penyamaran mereka dari atas dan bawah untuk menghambat pemangsa.
Melepaskan jutaan telur
Ikan tuna sirip biru bertelur hanya sekali setahun dan tidak mencapai kematangan reproduktif sehingga berusia lapan hingga 12 tahun. Ini menjadikan tuna sirip biru lebih terdedah kepada penangkapan ikan yang berlebihan daripada beberapa spesies tuna yang lebih kecil yang dapat menimbulkan beberapa kali dalam setahun.
Tuna sirip biru Atlantik betina boleh menghasilkan sehingga 10 juta telur setiap tahun, tetapi hanya sebahagian kecilnya bertahan hingga dewasa.
Bentuk aerodinamik
Tuna sirip biru dibina seperti torpedo. Bukan sahaja mereka mempunyai bentuk hidrodinamik, sirip pektoral mereka boleh ditarik balik dan, tidak seperti ikan lain, mata mereka ditala ke badan mereka. Ini bermakna badan mereka mampu mengurangkan daya seretan apabila mereka berenang melalui air.
Miliki enam deria
Bluefin mempunyai banyak deria arah. Mereka boleh menggunakan pineal window mereka untuk mengikuti isyarat matahari dan langit. Mereka memanfaatkan deria visual, pencium dan elektromagnetik mereka untuk terus berjalan atau mengikuti mangsa. Selain itu, mereka adalah thermotactic (pergerakan organisma ke arah atau jauh dari sumber haba).
Harga tahap gaban
Nilainya tak terkira! Pada Januari 2017 lalu, seekor ikan tuna sirip biru seberat hampir 200 kilogram telah menjadi rebutan berpuluh-puluh pengusaha restoran termasuk individu bergelar jutawan untuk membeli ikan tersebut dengan harga yang tinggi.
Namun, ikan tuna itu akhirnya menjadi milik seorang pengusaha restoran sushi terkemuka di Jepun apabila berjaya membida harga ikan tuna sirip biru itu dengan harga 74.2 juta Yen sekali gus menjadi ikan paling mahal di dunia.
Ancaman kepupusan
Disebalik kehebatannya itu, malang sekali populasi tuna sirip biru telah menjadi terlalu teruk akibat tangkapan melampau. Atas sebab itu komuniti Marine Conservation Society melahirkan kebimbangan dan menasihatkan agar pemburuan kesemua spesies tuna sirip biru untuk makanan dihentikan demi kelestariannya di lautan.
Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 lagi dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung Cormorant ini disebut ‘ukai’.
Biasanya teknik ini dilakukan bersama nelayan lain yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung Cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran.
Setelah burung Cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, ia dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.
Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat pada leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun
burung Cormorant masih boleh menelan ikan kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang diinginkan nelayan.
Teknik ini sangat berkesan pada waktu malam kerana nelayan menggunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.
Saat ini, teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin luput ditelan zaman.
Lebih malang lagi, teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia di mana nelayan muda lebih gemar menggunakan teknik moden seperti jaring dan pukat.
Fakta
Burung Cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Menu utamanya ialah ikan.
Memang tidak dapat dinafikan penawar bagi disengat sembilang ialah dengan mendapatkan rawatan dari doktor atau pusat kesihatan. Namun, jika terkena sengat di tengah laut dan jauh dari daratan, penawar alternatif merupakan kaedah yang terhampir dengan mangsa. Dan biasanya, pemancing yang pernah disengat sembilang ada penawar dan petua yang tersendiri.
“Pernah kena.… lepas tu tekong suruh gigit dan telan ekor ikan sembilang tu. Alhamdulillah kurang sakit… boleh teruskan mancing sampai ke petang. Masa tu naik sampan kena dalam pukul 10 pagi. Tapi lepas naik darat… balik rumah mandi terus tangan start bengkak. Terus pergi klinik kena inject!”
– ZULKEFLE SIPUN
“Penawar paling mujarab… kerat sikit ekor belakang dia, lepas tu kunyah dan telan. Kompom boleh kurang sakit. Bukan main-main ni… dulu ada pak cik geng tangkol ketam yang ajar buat macam ni. Alhamdulillah dia punya sakit tak merebak. Cuma sakit kat tempat kena sengat tu yang perlahan-lahan hilang sakit.”
– MOHD KAMAL
“Dulu saya merawai ikan sembilang, biasa kena sengat tu je petuanya. Tapi saya juga ada guna buah pinang muda. Caranya keluarkan bijik pinang yang bulat tu, lepas tu belah dua dan lekatkan tempat yang kena sengat tu sehingga melekat. Buah pinang tu akan menarik bisa ikan dalam lima minit akan hilang.”
– SULAIMAN LEMAN
“Saya pernah kena sengat ikan sembilang… ya ampun punya la bisa setengah mati! Tak ada penawar yang nak guna.. yang ada cuma Panadol. Telan sekali 4 biji baru reda sikit bisa dia.”
– MAD TOCANG
“Belah kepala ikan sembilang tu… ambil otak atau lendirnya kemudian sapu pada bahagian yang kena sengat.”
– KAMAL JUNA
“Pakai air bateri… tuang dekat tempat kena sengat. Betul ni… tapi jangan minum. Kalau di minum kubur tempatnya. hehehe… titis di tempat terkena sengat pari atau ikan sembilang.”
– SAKURAGI THORMARTEOEW
“Petua yang saya dapat dari ayah… ikan sembilang, keli, duri dan keluarganya… asah kuku guna pisau, ambik habuk kuku dan tampal di tempat kena sengat. InsyaAllah rasa berdenyut sakit hilang.”
– AMIR AZIZ
“Saya pernah kena dekat rumah rakit. Kena dekat jari manis… sungguh manis penangannya. Cara saya buat, ikat lengan… tumbuk asam jawa, bubuh dalam kain, lepas tu ikat kat tempat kena sengat tu… minum susu. Alhamdulillah, saya boleh sambung mancing lagi.”
– LAN JB
“Tak ada ubat! Tunggu la 3 kali pasang surut air. Banyak kali dah kena. Banyak dah petua ikut termasuk makan ekor… pahit yang amat! Tapi denyut tetap sama dia punya sakit boleh rendam tangan dengan air panas.”
– MUHD SAFREE
“Paling mujarab ambik satu misai kucing kemudian cucuk dekat tempat yang kena sengat tu… nanti akan terasa hisapannya. Saya dah cuba Alhamdulillah lena tidur dengan izin Allah.”
– SEKUT COTEK
“Pengalaman Wak kena…. baca selawat, tekapkan tempat kena sengat tu kat badan ikan tu balik (mean kat lendir badan ikan tu.…) petua dari orang lama jugak ni. Alhamdulillah… boleh sambung mancing balik.”
– CIKWAN REDZUAN JELANI
“Kalau kena atas bot… rendam jari atau tangan yang kena sengat dalam minyak petrol dan pecahkan biji asam jawa, lekap kat tempat yang kena.”
– MAZLAN MAJID
“Bisanya rasa macam kena api rokok.. setiap saat berdenyut. Kalau kena air pasang lagi kuat denyutnya. 8 jam tahan bisa. Bibir pun dah biru. 4 jam sekali inject, sampai sekarang kaki lemah sebelah.”
– NORA ZEMAN
“Biasa saya kalau kena sengat sembilang ni atau ikan duri saya akan kencingkan kat jari yang kena sengat tu dan biar beberapa minit sampai reda. Lepas reda baru basuh balik tangan dengan air bersih.”
– FAKHRUL TAHIR
“Masa memancing dulu-dulu dengan orang-orang lama… dia ambik tahi cacing tanah yang masih baru dan sapu pada tempat terkena sengat.”
– YAMIN HAMZAH
“Selalu dah kena… cara saya, gigit sikit tempat kena sengat, sedut sikit bagi keluar darah, buang lepas tu sapu minyak angin cap kapak… tak sampai sejam lega.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...