Resepi Pemancing – Tomyam Jenggo

Share

Jangan disangka pemancing hanya tau buat udang galah masak megi saja. Berikut merupakan resepi istimewa yang dihasilkan oleh pemancing setelah berjaya memancing udang galah. Memang terangkat resepi tomyam udang galah atau jenggo ni.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

  • 300 gm udang galah
  • 1 liter stok ayam
  • 1 sudu makan limau nipis
  • 4 biji cili padi (dititik)
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • 20 cm lengkuas (dihiris halus)
  • 50 gm cendawan
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 helai daun selasih
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan susu cair
  • Garam secukup rasa

(* Selain susu cair, boleh juga digantikan dengan santan. Fungsinya adalah untuk menambahkan rasa lemak pada kuah tomyam)

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Panaskan stok ayam sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan udang bersama dengan semua bahan lain kecuali susu cair dan daun selasih.
  3. Masak selama lima minit dan kemudian masukkan dua bahan yang belum dimasukkan lagi.
  4. Sedia untuk dinikmati.
Published by
Amang