Resepi Pemancing : Tip Menyiang & Menggoreng Udang Lipan

Share

 

Sekiranya korang memancing di laut dalam selama beberapa hari dan menggunakan umpan udang lipan, jangan dibazirkan jika udang dah mati.

Kami nak kongsikan cara menyiang dan menggoreng udang tersebut.

 

Cara Menyiang:

 

Untuk menyiang udang lipan ini memerlukan gunting yang amat tajam. Jadi, perlulah ada gunting.

Bahagian kepala udang lipan hampir tiada isi jadi ia perlu dibuang bermula pada lehernya.

Gunting bahagian kaki yang halus di bawah abdomen udang yang begitu banyak tetapi mudah untuk dibuang.

Pada bahagian ekor terdapat sepasang kaki pendayung perlu dibuang.

Pada bahagian hujung udang terdapat organ yang menyerupai peisai yang tajam. Bahagian ini paling penting dibuang bagi mengelakkan dari luka ketika memakannya.

Akhir sekali potong duri tajam bahagian tepi kelilling badan udang.

 

Cara Memasak udang lipan goreng kunyit:

 

Bahan-bahan:

1 kg Udang Gertak
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu tepung gandum
garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

 

Cara-cara Memasak:

 

Tumbuk bawang putih dan halia.

Gaulkan udang dengan garam kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. Kemudian taburkan tepung gandum dan gaul sedikit.

Goreng dalam minyak tenggelam hingga garing

Published by
Amang