Sekiranya korang memancing di laut dalam selama beberapa hari dan menggunakan umpan udang lipan, jangan dibazirkan jika udang dah mati.
Kami nak kongsikan cara menyiang dan menggoreng udang tersebut.
Cara Menyiang:
Untuk menyiang udang lipan ini memerlukan gunting yang amat tajam. Jadi, perlulah ada gunting.
Bahagian kepala udang lipan hampir tiada isi jadi ia perlu dibuang bermula pada lehernya.
Ads
Gunting bahagian kaki yang halus di bawah abdomen udang yang begitu banyak tetapi mudah untuk dibuang.
Pada bahagian ekor terdapat sepasang kaki pendayung perlu dibuang.
Pada bahagian hujung udang terdapat organ yang menyerupai peisai yang tajam. Bahagian ini paling penting dibuang bagi mengelakkan dari luka ketika memakannya.
Akhir sekali potong duri tajam bahagian tepi kelilling badan udang.
Ads
Cara Memasak udang lipan goreng kunyit:
Bahan-bahan:
Ads
1 kg Udang Gertak
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu tepung gandum
garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Memasak:
Tumbuk bawang putih dan halia.
Gaulkan udang dengan garam kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. Kemudian taburkan tepung gandum dan gaul sedikit.
Goreng dalam minyak tenggelam hingga garing
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kami tiba di lokasi tepat jam 6 petang. Tanpa membuang masa, kami terus menghulurkan umpan selar hidup dengan menggunakan teknik hanyut. Spesies buruan kami adalah tenggiri untuk petang ini. Namun, setelah hampir 2 jam menunggu, langsung tiada seekor pun tenggiri yang sudi menjamah umpan.
Oleh sebab itu, tekong mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi rahsianya yang memang didiami oleh spesies ikan gred A seperti jenahak dan kerapu. Kami tiba di lokasi kedua pada jam 8.30 malam. Di spot jenahak dan kerapu ini, ujar tekong teknik yang paling sesuai digunakan adalah teknik pancingan bottom dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup.
Tidak perlu menunggu lama, joran Penn International Custom 50-100lb milik agensi pelancongan terus melendut direntap penghuni dasar. Tidak sampai 3 minit bertarung sudah terlihat kilauan emas di dalam air. Naik sahaja jenahak yang pertama, tidak menang tangan kami melayani penghuni dasar ini. Satu demi satu berjaya dinaikkan.
Belum puas melayani jenahak, kami dikejutkan dengan jeritan mesin Daiwa Opus Bull 6000 yang diletakkan di belakang bot. Pemancing yang berada berhampiran terus menyentap joran dan asakan yang kuat dapat dirasai.
Dengan asakan bertubi-tubi, spesies tersebut berjaya melarikan diri ke lubang persembunyiannya. Kemenangan nampaknya berpihak kepada sang ikan. Menurut Ah Eng, daripada cara permainan tersebut, ia sudah dapat di agak iaitu kerapu bersaiz besar!
Jam sudah menunjukkan angka 1 pagi, namun masih ramai lagi wakil media yang masih berjaga menunggu sang ikan menjamah umpan. Saya yang sedang rancak mencandat sotong untuk dijadikan umpan tiba-tiba dikejutkan dengan lenturan kuat joran yang diletakkan di belakang bot lantas bingkas bangun dan menyentap joran tersebut.
Aksi penutup hari pertama adalah dari wakil agensi pelancongan dan wakil media yang masing-masing berjaya menaikkan jenahak bersaiz kasar. Yang epiknya, kedua-dua ikan tersebut juga telah berjaya mematahkan joran mereka. Bayangkan bagaimana joran yang begitu kuat berjaya dipatahkan dengan asakan si bantal emas ini?
Hari kedua bermula sangat hambar.Tidak ada sebarang getuan dapat dirasai pada sebelah pagi sehinggalah joran milik tekong mendapat satu stike dari penghuni dasar. Ah Eng yang menggunakan kekili elektrik, bagaikan tiada tentangan langsung untuk menaikkan seekor ikan duri berskala hampir sekilogram.
Pada waktu lewat petang pula joran milik wakil media turut direntap ganas. Pada mulanya kami menjangkakan ikan duri yang telah meratah umpan sotong yang dihulurkan, rupa-rupanya sang kerapu hampir sekilogram menunjukkan bayangnya. Wakil media bersorak kegembiraan kerana pada hari pertama tiada seekor pun kerapu berjaya kami naikkan.
Menjelang senja, Tekong mengajak kami berpindah ke Lubuk Kapal Karam yang juga menjadi lubuk kegemaran. Di sini, sekali lagi Ah Eng menjadi pemecah suasana apabila berjaya mendaratkan ikan duri berskala sekilogram.
Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada kami menerima asakan kuat dari dasar dan dengan bantuan tekong, beliau berjaya menaikkan kerapu berskala 2 kilogram. Apa lagi riuh rendah suasana di dalam bot apabila satu persatu spesies gred A berjaya dinaikkan. Menurut tekong, semakin hari gelap, semakin galak ikan menjamah umpan.
Menjelang jam 6 pagi, kami pun menuju pulang ke Jeti Straight Quay. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang begitu indah sekali. Kami tiba di Jeti tepat jam 9 pagi. Kebetulan, sebuah lagi bot yang dinaiki wakil media yang lain turut tiba di jeti.
Dari Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidilfitri), maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidilfitri), maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa.
Zakat fitrah menjadi pembersih (penampal kekurangan-kekurangan puasa seseorang sepanjang Ramadhan) yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau perkataannya yang mungkin kotor.
Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.
Zakat fitrah untuk memastikan orang yang miskin mendapat makanan yang secukupnya, agar dengan itu mereka dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana kecukupan bersama keseluruhan umat Islam.
Islam tidak ingin melihat di hari 1hb Syawal ada orang yang meminta-minta, padahal dalam kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari 1hb Ramadhan sehingga sebelum solat Sunat Aidilfitri pada 1hb Syawal.
Zakat fitrah yang dikeluarkan selepas solat sunat hari raya Aidilfitri, tidak menjadi zakat tetapi hanya menjadi sedekah biasa.
Dia tetap menanggung dosa kerana tidak membayar zakat.
5. Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah yang memenuhi syarat berikut:
5.1. Islam
5.2. Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan, iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.
5.3. Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya, setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya, (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang.
Walaupun nilai lebihan hanya bernilai cukup untuk zakatnya seperti RM 7.00.
Jika tidak mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk membayar harga zakat yang ditetapkan maka tidak wajib ia mengeluarkan zakat fitrah
Memang tidak dinafikan ada kaki pancing yang membuang terus mata kail selepas digunakan kerana tanggapan mereka, jika digunakan selepas ini ia tidak lagi kuat, tidak tajam dan mudah patah. Jika jenis harga murah terpulanglah kepada anda sama ada mahu menggunakannya semula ataupun tidak. Tetapi bagaimana dengan mata kail berharga mahal?
Satu set assist hook (dua mata kail) ada yang berharga hingga puluhan ringgit. Kurang-kurang pun belasan ringgit juga la. Tentu fikir berbelas kali nak dibuang, bukan?
Tahukah anda mata kail tersebut sebenarnya masih lagi boleh digunakan dan berfungsi baik jika anda mengendali dengan baik. Untuk penjimatan juga, adalah lebih baik sebenarnya anda menggunakan mata kail tahan karat.
Ia tahan lama dan selamat digunakan berulang kali. Jika ingin memancing di laut, pilih mata kail yang bertulis saltwater pada bungkusannya kerana ia sememangnya berupaya menahan hakisan air masin.
Cara penjagaan mata kail
Selepas pulang daripada memancing terutamanya di laut (air masin), jangan sesekali lupa untuk bersihkan dan bilas dengan air tawar. Kemudian keringkan di bawah sinaran cahaya matahari.
Selepas dikeringkan, periksa satu persatu mata kail. Perhatikan mana bahagian yang ada tanda karat. Jika ada, gosok dengan kertas pasir. Penting untuk anda menyimpannya dalam kotak pancing anda. Sila amati semula, jika kurang tajam, boleh gunakan kikir halus (handlife) dan asah pada bahagian berkenaan.
Jika mata kail agak berkarat adalah lebih baik anda membuangnya sahaja. Paling penting, mata kail yang telah anda bersihkan ini jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan. Anda perlu menyediakan satu bekas khas untuk mata kail yang terpakai.
Perkara yang sama juga jika anda menggunakan assist hook atau mata kail gewang. Jangan simpan begitu saja gewang-gewang di dalam tackle box selepas digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...