Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Apa korang rasa jika joran yang baru dibeli dengan harga ribuan ringgit, diberi pinjam kepada kawan dan joran tersebut dikembalikan dengan keadaan patah teruk?
Saya ada kisah tersendiri tentang memberi pinjam joran atau kelengkapan memancing lain kepada rakan. Selepas beberapa kejadian, admin macam dah serik dan tak kisah apa orang nak cakap. Nak kata kedekut ke apa ke memang tak kisah.
Selepas kejadian itu juga admin akan nilai dulu pengalaman memancing sesiapa saja yang nak meminjam barang pancing. Kalau sudah biasa memancing bersama, sudah tentu tidak jadi masalah. Tapi kalau pegang joran pun tak berapa nak betul, memang admin akan jadi seorang yang pelokek.
Pernah, joran yang admin pinjamkan dikembalikan umpama tebu yang diperah jusnya oleh mesin. Apabila ditanya mengapa jadi begitu, kita pulak yang disalahkannya dengan alasan joran tersebut sudah reput! Tarik gewang yang tersangkut pada pokok kecil pun boleh patah! Sudahlah joran patah, gewang kesayangan yang tersangkut pada pokok pula tidak diambilnya.
Kejadian kedua, reel yang diberi pinjam kepada rakan dikembali dengan keadaan shaft bengkok. Apabila ditanya, katanya beliau langsung tak guna reel tersebut. Beliau hanya letak set pancing itu pada rod holder bot. Namun tak dapat dipastikan sama ada rakan-rakannya yang lain ada menggunakannya atau tidak.
Korang pernah kena macam ni? Jom kongsikan pengalaman korang memberi pinjam barangan pancing kepada rakan-rakan.
“Kalau jiwa pemancing sebenar, dia takkan marah tapi dia akan terkejut dengan saiz dan kekuatan ikan tu yang berjaya mematahkn joran dia yang berharga ribu-ribu ringgit tu. Keesokan hari barulah dia akan marah. Marah kat kedai pancing sebab tauke kedai tu kata joran yang dia beli tu harganya ribuan ringgit sebab joran tu boleh tarik ikan besar dan takkan patah.”
ZAIDI IDIAZ
“Perasaan dia sama macam kita baru beli lure harga puluhan ringgit dan nak hampir cecah ratus, kemudian selang beberapa jam pi casting. First cast leader putus… lure pulak melayang jauh nun di sana.”
AZHAR USMPENANG
“Pernah… beli jam 3petang… pakai malam tu. Kawan pinjam dan kena tarik pari lebih 10kg. Lawan dekat 1jam then patah. Apa boleh buat… minta bayar half ja sebab member.”
RAYNER NELSON CHONG
“Senang je… berlapang dada dan fikir rasional. Then minta peminjam ganti balik… bayar monthly pun takpe. Braided putus takpe, jangan putus silaturahim.”
FAUZAN YAACCOB
“Ganti la apa lagi. Pinjam pandai ganti mau pandai la. Kalau kita yang bagi pinjam boleh runding-runding sikit. Kalau dia yang mintak, pandai-pandai le.”
ABU HASSAN ABD RAZAK
“Nama pun pinjam….takkan nak bagi member sedap, kita murung selama sebulan.”
ASMUNI ABD RAHMAN
“Patah tu okey lagi sebab tahu kat situ ada ikan besar dan kita tahu yang rod mahal tak menjamin kualiti. Tapi kalau kawan buat jatuh joran dalam laut atau sungai itu kawan patut humban dalam laut juga.”
MOHD AZNIN FAZLI
“Itu kira baiklah jugak tengah bertarung dengan ikan. Lagi sedih bila bagi pinjam dekat member, member nak melontar, terlebih hayun joran tu sampai kena lantai dan patah joran tu. Perhhh.”
NIK IRSHAM
“Sebab ikan takpe… nama pun kawan. Takde hal punya sambil-sambil tunggu ke darat google la apa yang patut dan tunjuk kat dia yang mana berkenan.”
ZA KI
“Joran patah tarik ikan no hal lagi tapi kalau jenis pinjam tak reti pulang ni macam mana? Bertahun dah rasa. Kita pulak yang malu nak mintak banyak kali. Dh pinjam set, pinjam reel plak. Tu pun tak pulang lagi. Apa punya orang la.”
KEMBARA AMIE
“Time nak bagi pinjam kena la bagi tau apa-apa…yg minjam pun tau la kena ganti balik… jangan buat bodoh je!”
SHAMSUL ADHA
“Selagi member tu kata nak ganti balik joran tu… rasanya ok kot. Tapi kalau dia ganti dengan sorry je… memang cari pasal la.”
Jurang menandakan kedudukan di mana bidur benam dilentur mula menuruni ke bawah bidur lithosfera lain. Jurang umumnya selari dengan lengkok kepulauan gunung berapi, dan kira-kira 200 km (120 mi) daripada lengkok gunung berapi.
Jurang lautan biasanya mengunjur 3–4 km (1.9–2.5 mi) di bawah paras lantai lautan di sekitarnya. Kedalaman laut yang paling dalam yang pernah diukur adalah Challenger
Deepdi dalam Jurang Mariana, pada kedalaman 11,034 m (36,201 ka) di bawah paras laut. Litosfera lautan bergerak ke jurang pada kadar global kira-kira 3 km2/thn.
Jurang Mariana adalah Jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.
Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik, di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina.
Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara plat Pasifik dan plat Filipina.
Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.
Jika anda berada di atas permukaan laut di atas jurang berkenaan, anda memerlukan tali sepanjang 11,035 meter tali atau bersamaan 11.035 km untuk umpan dan batu ladung jatuh ke dasarnya (diandaikan ia jatuh terus secara menegak).
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...