Resepi Pemancing : Tamok Panggang Kosong

Share

 

Ikan tamok agak kurang manis isinya berbanding ikan belanak. Walau bagaimanapun ia tetap lazat jika digoreng atau dibakar dengan sambal.

Jika malas untuk menyediakan sambal, boleh saja dipanggang kosong dan sediakan bahan pencicah selain sambal.

 

Bahan-bahan:

3 ekor ikan tamok saiz sederhana (bersihkan,kelar dan toskan)

1 sudu teh garam

2 sudu teh serbuk kunyit

2 sudu makan minyak

Daun pisang untuk alas memanggang

 

Bahan ditumbuk halus:

2 ulas bawang putih

2 cm halia

 

Cara-caranya:

 

1. Lumurkan ikan tamok dengan bahan tumbuk, garam dan serbuk kunyit.

2. Gaulkan ikan dengan minyak.

3. Letakkan daun pisang di atas dulang pembakar.

4. Panggang ikan sehingga masak.

5. Bolehlah sediakan sambal kicap untuk sebagai bahan cicah.

Published by
Amang