Resepi Pemancing : Sup Jenak Super Enak

Share

 

ikan jenak atau jenahak, antara ikan gred A bernilai tinggi yang enak dinikmati. Harganya juga boleh tahan di pasaran. Tidak kiralah apa jenis masakannya, ikan ini pasti

akan habis licin! Lebih-lebih lagi bahagian kepalanya yang enak dibuat kari. Tapi kali ini kami nak belanja resipi sup ikan jenahak.

 

(Bahan-Bahan)

 

  • 1 kg ikan jenahak (dibersihkan dan ditos)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh halba campur
  • 10 biji bawang merah (dimayang)
  • 6 ulas bawang putih (dimayang)
  • 600 gm kentang (dibelah dua)
  • 60 gm suhun
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 daun saderi
  • 10 gm daun bawang (untuk hiasan)
  • 1 sudu besar minyak (untuk menumis)
  • Garam secukup rasa

 

(Cara memasak)

 

  1. Tumbuk kasar ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.

 

  1. Bungkus bahan ini dengan kain jarang dan jadikan seperti punjut.

 

  1. Rebus ikan bersama air dan juga punjut tadi. Biarkan mendidih.

 

  1. Masukkan kentang, suhun, halia,asam gelugur, halba dan juga garam. Ketepikan.

 

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan ke dalam periuk sup dengan minyaknya sekali.

 

  1. Kacau selama tiga minit dan hidangkan bersama daun bawang dan daun saderi.
Published by
Amang