Resepi Pemancing: Sup Bebola Ikan Belida SST ©

Share

 

Ikan belida, jika ia mengena pancing, memang syok melayannya. Biasanya, kaki pancing menggunakan kaedah pancingan dasar menggunakan umpan anak ikan @ udang sungai dan kaedah casting menggunakan gewang.

Di sebalik badannya yang pipih dan berwarna keperakan itu, ada sesuatu yang istimewa, iaitu ia sedap dibuat sup bebola ikan.

 

 

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan belida
  • Lada putih
  • Halia
  • Bawang putih
  • Daun bawang & daun sup
  • Garam & serbuk perasa

 

Cara-Cara Penyediaan:

 

  • Lapah ikan belida, ambil isinya dan bersihkannya.
  • Tulang dan kepala ikan jangan dibuang. Potong dan bersihkannya, kemudian digoreng kosong sehingga kekuning-kuningan.
  • Selepas digoreng, tulang dan kepala ikan itu direbus pula untuk mendapatkan air rebusannya.

 

  • Keluarkan tulang dan kepala ikan, renehkan air rebusan dan masukkan lada putih, halia
  • dan jintan putih.
  • Masukkan isi ikan yang dijadikan bebola atau doh kecil.
  • Setelah masak, masukkan daun bawang atau daun sup. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa dan ia sedia dihidangkan.
  • Jangka masa untuk disiapkan, kira-kira 30 minit

 

Published by
Amang