Ini rahsia untuk mendapatkan sotong atau ikan celup tepung yang rangup sebagaimana yang kebanyakannya terdapat di negeri Terengganu.

Salah satu ciri-ciri sotong celup tepung ala Terengganu ini ialah tepung salutannya nipis tetapi rangup! Untuk mendapatkan hasil sedemikian perlulah ada cara tersendiri.

Berikut kami kongsikan rahsianya…

 

Bahan-bahan:

 

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk digaul dengan sotong dan diletakkan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya (optional)
  • Serbuk lada hitam secukupnya (optional)
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

Cara-cara Menyediakan:

Ads

 

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung dan campurkan dengan telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak untuk menggoreng.

Ads

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

8. Apabila kekuningan, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan panas-panas.

 

Ads

* Tip Tambahan

 

1. Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.

2. Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya tidak akan melekat pada sotong.

3. Pastikan minyak untuk mengoreng sotong betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas.

4. Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak pada sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.

5. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkannya. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.

6. Sediakan tisu ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI